POPULARITI ayam penyet dan gepuk di Malaysia tidak dapat dinafikan lagi apabila dua hidangan Indonesia itu semakin menjadi pilihan ramai.
Namun, seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati di aplikasi Thread apabila mendakwa harga dua menu popular itu kini semakin mahal.
Menurut wanita itu, dia hairan bagaimana harga makanan itu boleh mencecah sekitar RM15 sepinggan.
Makanan Indonesia dijual secara meluas di negara ini. -Gambar hiasan
"Siapa yang mula normalisasikan harga ayam penyet dan ayam gepuk RM15? Aku faham ia makanan negara sebelah.
"Masalahnya, kenapa mahal sangat? Bukannya restoran tu masak siap-siap dekat Indonesia sebelum dieksport ke sini.
"Bahan mentah semua beli dekat Malaysia. Harga kat Indonesia sendiri pun tak mahal," tulis wanita itu pada Ahad.
- Ayam penyet dan ayam gepuk semakin digilai ramai di Malaysia.
- Seorang wanita meluahkan rasa tidak puas hati kerana harga hidangan itu didakwa semakin mahal.
- Dia hairan bagaimana harga ayam penyet atau gepuk boleh mencecah sekitar RM15 sepinggan.
- Wanita itu juga menegaskan harga akan bertambah jika pelanggan mahu menambah lauk seperti tempe dan tauhu.
- Netizen bersetuju malah ada yang membandingkan harga jauh lebih murah ketika menikmatinya di Indonesia.
Menurut wanita itu lagi, harga menu itu juga semakin meningkat jika pelanggan mahu menambah item-item tertentu.
"Ayam seketul kemudian nasi, kubis dan timun tapi RM15. Kalau nak tempe, tauhu, kena tambah RM2 pula.
"Jangan cakap rasa mahal sebab bukan target market ya," tulis wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali jejak bazar Ramadan, habis RM150! Balik rumah terkejut, rasa tak masuk akal tengok makanan dibeli
ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan terkedu buat ‘eksperimen’! Sepinggan nasi lauk ayam ada 3 harga berbeza, suka hati tukang kira nak tetapkan nilai
Di ruangan komen, ramai netizen dilihat bersetuju dengan kenyataan wanita itu.
Malah, beberapa netizen berkata mereka menikmati dua menu itu dengan harga jauh lebih murah ketika berada di Indonesia.
"Baik makan nasi ayam atau nasi lemak. Dua menu ini lebih susah nak masak.
Harga ayam gepuk di restoran mungkin lebih mahal berbanding warung tepi jalan. -Gambar hiasan
"Nasi ayam yang lagi banyak step (masak) pun tak semahal itu.
"Kat sana bawah RM10 dah boleh makan. Di Malaysia jadi overprice.
"Memang mahal. Tapi benda tu simple, buatlah sendiri," tulis netizen.