BERKAHWIN dengan lelaki panas baran cukup menguji tahap kesabaran seorang isteri yang turut memikul tanggungjawab sebagai ibu.
Menurut luahan seorang wanita, dia sering menjadi mangsa caci maki suami walaupun membabitkan hal remeh dalam rumah tangga.
Hanya mampu meluahkan rasa hati di Thread, wanita yang tidak mendedahkan identiti itu berkata suaminya pernah mengamuk hanya kerana diminta membawa beg sekolah anak.
Suami panas baran adalah satu contoh keganasan dan sikap tidak hormat isteri. -Gambar hiasan
"Suami saya balik ke rumah, dia ketuk pintu macam nak pecah. Padahal suruh dia bawa naik beg sekolah anak-anak je pun. Bukan kena naik tangga, guna lif.
"Beg anak saya tu tak ada buku pun," katanya memulakan cerita tentang sikap panas baran si suami.
Tambah pengadu, kemarahan si suami tidak terhenti di situ apabila dia turut dihujani dengan kata-kata carutan.
"Kemudian dia letak baju kotor dalam mesin basuh dan hentak penutup mesin tu sambil maki saya depan anak.
"Malunya dekat jiran. Saya ni hari-hari urus anak, tak minta pun bantuan dia," luah si ibu dalam nada sayu.
Dalam luahan sama dia mengakui menyesal kerana tidak mengetahui perangai sebenar suaminya sebelum berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baran lepas suami makin kaya, sumpah seranah kalau tak balas mesej... Siap doa moga cepat muflis!
ARTIKEL BERKAITAN: Tergesa-gesa nak main ‘game’ Dota, suami tampar muka isteri depan anak! Siap tekup mulut dengan kain suruh berhenti menangis
Difahamkan, pengadu sebelum ini pernah menjadi mangsa pukul namun suaminya sudah berubah sikap selepas mereka mempunyai cahaya mata.
"Kalau tahu la dapat pasangan macam ni, memang tak kahwinlah. Sebelum kahwin langsung dia tak tunjuk perangai baran tu.
"Minta maaf saya luahkan dekat sini. Threads je tempat yang orang tak kenal saya. Entahlah... rasa macam tak gunanya jadi suri rumah.
- Seorang wanita berkongsi rasa kecewa kerana sering dimaki suami yang panas baran walaupun hal kecil.
- Suaminya pernah mengamuk hanya kerana diminta membawa beg sekolah anak.
- Dia rasa tidak dihargai sebagai suri rumah dan menyesal kerana tidak tahu perangai sebenar suami sebelum kahwin.
- Layanan kasar itu membuatkan dia rasa seperti 'sampah' dan sekadar menghabiskan duit suami.
- Netizen nasihat banyak berdoa, bersabar dan percaya suami hanya akan berubah jika benar-benar mahu.
"Dapat layanan macam sampah ibarat kita ni menghabiskan duit dia," luah wanita itu.
Perkongsian itu turut mencetuskan reaksi netizen yang menasihatinya agar banyakkan berdoa dan bersabar dengan pasangan.
Ada juga yang berpendapat lelaki baran hanya akan berubah jika dia sendiri benar-benar mahu memperbaiki sikapnya.
Sebahagian komen netizen di Threads.
"Suami macam ni, 'ubat' dia kena tinggalkan je biar suami sedar. Tapi baran ni susah nak hilang kecuali dia betul-betul nak berubah.
"Ada orang betul-betul baran. Semua nak bergaduh. Tak tahu la suami awak macam mana. Ada juga yang baran dengan isteri je.
"Dengan orang lain dia penakut habis. Cakap belakang je dia berani. Awak doa banyak-banyak. Masa masak tu selawat dan doakan suami lembut hati. Doa isteri mustajab," komen seorang netizen.