suria

“Jumpa apabila dah tak bernyawa” - Kakak menjauh ikut suami lepas kahwin, keluarga akhirnya lepas rindu pada jasad terbujur kaku

Tiada siapa yang mahu pertemuan kali terakhir dengan insan tersayang berlangsung dalam situasi memilukan. -Gambar hiasan

TIDAK dapat dibayangkan, rindu yang sarat di dada akhirnya terlerai dalam cara yang terlalu tragis.

Demikian luahan seorang individu mengenai pemergian kakak kesayangannya yang bukan sahaja mengejutkan, malah meninggalkan luka mendalam buat ahli keluarga yang sekian lama terpisah dengan wanita tersebut.

Menerusi perkongsian di Threads, individu itu berkata hubungan mereka adik-beradik yang dahulunya rapat menjadi renggang selepas kakaknya mendirikan rumah tangga. 

Seorang suami sewajarnya menjadi pelindung isteri, bukannya memperlakukan wanita dikahwininya itu tanpa belas ihsan. -Gambar hiasan

"Arwah kakak aku pergi meninggalkan kami dengan cara yang paling menyayat hati. 

"Sejak dia berkahwin, hubungan kami adik-beradik makin jauh. Suami dia banyak mengawal," dakwanya dalam hantaran tersebut.

Tambah individu berkenaan, daripada beransur-ansur renggang, dia dan keluarga terus terputus hubungan dengan kakaknya itu selama hampir setahun lamanya, sebelum dikejutkan dengan berita kematian wanita tersebut.

"Sampailah akhirnya kami sekeluarga terus terputus hubungan dengan kakak. Dipisahkan hampir setahun dan hanya jumpa apabila dah tak bernyawa," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 30 tahun anak sabar dengan ibu bapa toksik! Cucu nazak tak ziarah, lepas meninggal jadi orang terpaling sedih

ARTIKEL BERKAITAN: Dah 4 tahun bercinta, ibu teman lelaki desak putus... Idam menantu berkerjaya bagus untuk anak teruna kerja kilang

Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai punca kematian kakaknya itu.

Menurutnya lagi, sepanjang tempoh berjauhan, mereka sekeluarga mencuba pelbagai cara untuk merapatkan kembali silaturahim namun tidak membuahkan hasil kerana kawalan abang iparnya itu.

  • Seorang individu luah rasa sedih apabila kakaknya meninggal dunia secara mengejut selepas hampir setahun terputus hubungan.

  • Hubungan menjadi renggang selepas kakaknya berkahwin kerana suami kakak terlalu mengawal.

  • Usaha untuk rapatkan semula hubungan tidak berjaya walaupun rindu masih menebal.

  • Individu itu hanya sempat bertemu kakaknya semula selepas wanita itu meninggal dunia.

  • Netizen bersimpati dan menasihatkan agar berhati-hati memilih pasangan yang tidak memisahkan hubungan keluarga.

"Bukan sebab kami tak rindu, bukan sebab kami tak cuba. Tapi setiap usaha untuk rapat semula selalu tersekat.

"Korang maafkan ke ipar macam tu?" tulisnya lagi meminta pandangan netizen.

Di ruangan komen, ramai warga maya memberikan kata semangat dengan ada antara mereka turut berkongsi pernah merasai situasi hampir sama.

Dalam pada itu, mereka juga menitipkan nasihat kepada orang lain agar lebih berhati-hati memilih pasangan hidup dikhuatiri mengalami situasi sama.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Saya terputus hubungan dengan arwah abang sejak 2014 sebab isterinya control gila-gila. Tiga tahun terputus hubungan yang sangat rapat. Berjumpa kembali apabila abang dah tak bernyawa.

"Begitu juga keluarga saya. Doa adalah senjata mukmin, sakit hati ni semua ada, tapi itu adalah hasutan iblis. Semoga ada sinar hikmah buat keluarga kami. 

"Doakan yang baik-baik saja walaupun pahit untuk ditelan," komen netizen.

Artikel Lain