SEBUT tentang gejala buli di sekolah, kita pasti terfikir yang perbuatan itu berlaku dalam kalangan murid-murid sahaja.
Namun, seorang pengguna Thread mendakwa sepupunya pernah menjadi mangsa buli seorang guru.
Menurut wanita itu, dia hanya mengetahui tentang kejadian itu selepas ibu saudaranya bertandang ke rumahnya.
Buli boleh menyebabkan mangsa tidak bersemangat untuk ke sekolah. -Gambar hiasan
"Tadi makcik aku datang rumah. Masa tunggu nak solat, kami sembang pasal buli. Rupanya anak perempuan dia pernah kena buli.
"Ada satu jenis buli yang sepupu aku lalui tu menarik perhatian aku. Ia bukan dilakukan oleh pelajar, tapi seorang guru perempuan," tulisnya memulakan cerita.
Menurut wanita itu, ibu saudaranya mendakwa hanya anaknya yang menjadi sasaran guru itu.
- Seorang wanita mendakwa sepupunya dibuli oleh guru di sekolah.
- Dia berkata pemakaian tudung sepupunya sering menjadi sasaran guru itu.
- Lebih menghairankan, dia berkata pelajar perempuan lain tidak menerima layanan serupa.
- Dia beranggapan sepupunya dibuli kerana memiliki wajah yang cantik.
- Katanya, kisah itu sudah lama berlalu dan sepupunya kini sudah tamat sekolah.
"Setiap kali masuk kelas sepupu aku, perkara pertama cikgu tu buat ialah 'tolong' betulkan tudung sepupu aku ni.
"Dia akan kelepet tudung sepupu aku dan cakap kuat-kuat yang itu cara pakai tudung. Cikgu tu kata orang datang sekolah untuk belajar, bukan melawa.
"Rutin itu hanya dilakukan pada sepupu aku dan tidak pada pelajar lain. Sepupu aku hairan kenapa cikgu bertindak macam tu?" imbas wanita itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni aku mati!” - Adik dalam bahaya sempat minta bantuan kakak, dakwa warden ‘pejam mata’ kes buli di asrama
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah 'bebas buli' untuk anak - “Suami kau ni bapa segala setan”
Selepas mendengar cerita ibu saudaranya, wanita itu membuat andaian yang guru itu bertindak sedemikian kerana cemburu dengan rupa paras sepupunya.
"Apabila makcik aku cerita, kami dah dapat 'tangkap' kenapa... sepupu aku tu lawa orangnya. Bukan setakat putih melepak, tapi manis.
"Baik sangat orangnya. Jadi kenapa cikgu perempuan tu buli dia? Sebab cemburu la. Cemburu, sakit hati terhadap pelajarnya sendiri.
Sekolah sepatutnya menjadi ruang selamat untuk kanak-kanak dan remaja. -Gambar hiasan
"Apabila fikir balik, kelakar. Sepupu aku tu bertahan hingga tingkatan empat je dan dia minta ibunya pindahkan ke sekolah lain," kongsinya lagi.
Menurut wanita itu lagi, kisah berkenaan sudah lama berlalu dan kekal menjadi memori dalam hidup sewaktu zaman persekolahan.
Malah sepupunya kini sudah berumah tangga dan memiliki tiga cahaya mata.
"Sepupu aku kata dia tak akan hantar anak-anak ke sekolah berasrama. Dia tak nak anak dia kena benda sama," kongsi wanita itu lagi.