suria

Cikgu jumpa bungkusan tisu atas kerusi, menggigil takut nak buka... Rupanya pelajar beri duit, ganti semula kos beli pemadam

Guru wanita terkejut dapat bungkusan tisu berisi sejumlah wang tunai. -Gambar hiasan AI (kanan)

SEORANG guru Tabika Kemas tidak menyangka kata-kata gurauannya kepada murid di dalam kelas meninggalkan kesan begitu mendalam.

Menurut cikgu berkenaan, pada suatu hari dia ada menegur murid-muridnya supaya tidak menghilangkan pemadam masing-masing.

Namun keesokan harinya dia dikejutkan dengan satu bungkusan tisu berisi duit syiling dan kertas yang ditinggalkan di kerusi.

Kata-kata diungkapkan oleh guru biasanya menjadi ingatan sehingga dewasa. -Gambar hiasan AI

"Duit ni ada dekat atas kerusi dekat meja guru saya. Ceritanya begini, saya membebel dekat anak murid.

"Janganlah hilangkan pemadam. Saya cakap cikgu dah tak ada duit nak beli pemadam awak semua je. Saya ingat mereka tak akan hilangkan pemadam lagi lepas saya cakap begitu.

"Tapi pada keesokan pagi, salah seorang daripada mereka letak duit ni. Dia cakap... duit ini saya bagi cikgu sebab semalam kata dah tak ada duit. Tak tahu nak menangis ke apa," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tak puas hati dilarang makan di kantin sekolah, persoal pangkat guru kelas nak kuat kuasa peraturan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya benci kerja ni!” - Cikgu tertekan hadap perangai murid kurang ajar, rasa nak MC tak sanggup masuk kelas

Dalam hantaran sama dia berkongsi foto menunjukkan kepingan duit yang berjumlah hampir RM40 bersama sekeping tisu.

Ujar guru wanita itu lagi, pada mulanya dia ragu-ragu untuk membuka bungkusan berkenaan kerana dikhuatiri mempunyai unsur negatif.

"Mula-mula takut nak buka balutan sebab macam sesuatu. Lepas saya shaking, barulah pelajar tu beritahu dia bagi duit.

  • Seorang guru bergurau dengan muridnya bahawa dia sudah tidak mampu membeli pemadam baru.
  • Keesokan harinya, seorang murid meletakkan wang berbalut tisu di atas meja guru.
  • Guru terkejut apabila mengetahui wang itu hasil murid berkenaan mengorek tabung sendiri.
  • Duit tersebut akhirnya dipulangkan semula kepada ibu bapa yang turut sebak mendengar cerita itu.
  • Kisah itu menyentuh hati ramai yang kagum dengan keikhlasan murid kecil berkenaan.

"Ada orang tanya kenapa saya yang kena beli pemadam? Saya cikgu Tabika Kemas, mestilah saya kena sediakan.

"Ada yang kata murid tu korek tabung. Betul dia korek tabung untuk bagi saya," ujar guru berkenaan lagi.

Cikgu itu bagaimanapun memulangkan semula wang tersebut kepada ibu bapa murid berkenaan dan menerangkan apa yang berlaku.

"Aku cerita dekat parent dia sampai menitis air mata sebab tak boleh tahan yang dia ada anak sebijak itu," katanya.

Komen netizen di media sosial.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tersentuh dengan sikap prihatin murid tabika tersebut.

"Sesungguhnya anak-anak murid kamu adalah orang yang bertanggung jawab. Prihatin terhadap orang sekeliling.

"Sweet anak murid dia. Semoga membesar menjadi orang hebat dunia akhirat.

"Budak-budak belum baligh memang jujur ya cikgu. Boleh beli tiga atau empat kotak pemadam buat lawan pemadam," komen beberapa netizen.

Artikel Lain