SETIAP kali tibanya musim cuti sekolah, ramai pasangan tidak melepaskan peluang untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
Di media sosial ketika ini meriah dengan perkongsian warga maya yang memenuhi undangan perkahwinan di samping berjalan-jalan bersama keluarga.
Namun perkongsian seorang pelayar media sosial mengenai situasi di sebuah majlis perkahwinan yang dihadirinya mencetuskan perbincangan hangat warga maya lantaran ia menyentuh tradisi 'salam kaut'.
Duit salam kaut yang diberi para tetamu dianggap sebagai sumbangan ikhlas untuk membantu meringankan kos majlis yang ditanggung oleh tuan rumah. -Gambar hiasan
"Pergi kenduri kahwin. Seperti biasa lepas makan haruslah jumpa tuan rumah nak ucap terima kasih.
"Macam biasa juga tuan rumah akan sediakan goodies (buah tangan) untuk dibawa pulang. Apa yang saya nampak ialah goodies hanya diberikan kepada tetamu yang 'salam kaut' dengan tuan rumah.
"Apa pendapat anda tentang hal ni?" tulisnya dalam hantaran tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal sebumbung tapi dilayan macam orang luar, kenduri belum mula dah kena ‘sembur’ dengan mentua
ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu tapau lauk kenduri sampai 5 jenis, siap buat status ‘hari ni cuti masak’! Tuan rumah tanggung malu makanan tak cukup
Menurut individu tersebut, perkongsiannya sama sekali tidak bermaksud bahawa tetamu perlu diberikan buah tangan sebagai balasan memenuhi undangan perkahwinan.
Sebaliknya dia hanya meluahkan kehairanan lantaran tuan rumah seperti membeza-bezakan pemberian buah tangan kepada tetamu yang memberi sampul berisi duit dan mereka yang hanya bersalaman dengan 'tangan kosong'.
Seorang individu berkongsi pengalamannya di sebuah majlis perkahwinan, di mana tuan rumah hanya memberi goodies kepada tetamu yang 'salam kaut'.
Dia meluahkan rasa simpati terhadap tetamu yang tidak mampu memberi duit, namun tidak menerima buah tangan seperti tetamu lain.
Individu itu hairan mengapa ada layanan berbeza terhadap tetamu.
Perkongsian tersebut mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, ada yang setuju dan ada juga yang anggap ia hak tuan rumah.
Walaupun berbeza pendapat, rata-rata netizen bersepakat bahawa tetamu wajar dilayan dengan adil.
Ringkasan ini dijana oleh AI
"Saya kesian tengok orang yang tak mampu salam kaut. Tetamu di depan dia boleh salam kaut dapat goodies. Giliran dia cuma salam macam biasa tak dapat apa-apa.
"Terkulat-kulat dia tunggu kot-kot ada goodies untuk dia juga. Sebab tu saya hairan kenapa ada rules untuk bagi goodies kena salam kaut dulu.
"Bukan kisahkan goodies tu sangat. Tapi apa hukum bezakan tetamu macam tu. Kesian yang tak mampu nak salam kaut tu," tulisnya lagi.
Di ruangan komen, perkongsiannya mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.
Ada yang bersetuju dengan pandangannya dengan menyifatkan tindakan membeza-bezakan tetamu berdasarkan 'salam kaut' sebagai tidak wajar, apatah lagi dalam majlis yang sepatutnya meraikan semua yang hadir dengan rasa syukur.
Antara komen netizen terhadap perkongsian individu berkenaan.
Namun ada juga yang berpandangan bahawa pemberian buah tangan adalah hak tuan rumah dan tetamu tidak wajar membangkitkannya memandangkan mereka hanya memenuhi jemputan tanpa perlu mengharapkan balasan.
Meskipun berbeza pandangan, rata-rata bersetuju bahawa soal adab dan layanan terhadap tetamu perlu dijaga dan diberi sama rata.
"Pendapat saya, pasti akan terasa hati kalau tak dapat (buah tangan) sebab tak salam kaut.
"Bagi saya tak ada masalah sebab kita datang memenuhi undangan. Bab goodies tu, jika ada ambil, tak ada pun tak mengapa," komen netizen.