SOAL batasan dalam institusi keluarga sering kali dipandang ringan segelintir pihak, namun ia sebenarnya memberi kesan besar terhadap keselesaan dan keharmonian ahli keluarga.
Begitulah luahan seorang gadis berusia awal 20-an yang mengakui tidak selesa apabila bapanya didakwa kerap memasuki bilik tidurnya tanpa kebenaran tanpa mengira waktu.
Perbuatan itu dikatakan berlaku setiap kali walinya itu mahu mencari stok makanan yang disimpan di dalam biliknya.
Setiap orang berhak untuk ada privasi untuk diri sendiri. -Gambar hiasan AI
"Macam mana ya... bapa selalu masuk bilik anak perempuan. Tak ketuk pintu, main terjah tak kira siang atau tengah malam.
"Dia nak cari stok makanan yang anak perempuan simpan dalam bilik. Kunci bilik rosak, jadi boleh masuk macam tu je," jelasnya dalam satu hantaran tular di media sosial.
Menurut gadis itu, semua stok makanan tersebut dibeli menggunakan duit hasil kerja sambilan untuk dikongsi bersama adik-adik yang lain.
ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mentua suka hati keluar masuk bilik tidur, menantu tidak selesa tetapi suami minta faham keadaan
ARTIKEL BERKAITAN: Nampak bapa panas bawah khemah, pengantin terus dukung masuk ke bilik... ramai kata si isteri beruntung!
Katanya, makanan yang dibeli itu akan habis dalam masa singkat jika diletakkan di dapur rumah seperti kebiasaan.
"Stok makanan semua saya beli pakai duit masa kerja sambilan. Saya beli untuk adik-adik yang tak mampu keluarkan duit belanja sendiri.
"Kalau letak dekat dapur, dia (bapa) juga habiskan tak sampai sehari. Ayah tak keluarkan belanja. Langsung tak menyumbang.
- Seorang gadis luahkan rasa tidak selesa apabila bapanya sering masuk bilik tanpa mengetuk pintu.
- Tindakan itu didakwa hanya untuk mencari stok makanan yang disimpan di dalam biliknya.
- Gadis berkenaan membeli makanan menggunakan duit hasil kerja sambilan untuk dikongsi bersama adik-beradik.
- Dia meluahkan kekecewaan kerana bapanya tidak pernah menyumbang belanja tetapi sering menghabiskan stok makanan.
- Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang menekankan kepentingan privasi dan mencadangkan solusi seperti pasang kunci bilik.
"Dia tak tahu pun asal dari (sumber) mana semua makanan tu. Tahu-tahu dah ada je," luahnya mengenai sikap bapa sendiri.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menekankan kepentingan menghormati privasi dalam institusi keluarga.
Malah, ada yang memberi cadangan tentang tindakan yang boleh dilakukan wanita ini bagi mengelakkan hal sama berulang lagi selepas ini.
Beberapa komen netizen pada hantaran asal.
"Cuba pasang lock (kunci). Pelik-peliklah, anak dah besar akil baligh tapi tak ada boundary. Ayah dan abang saya pun akan ketuk pintu sebelum masuk bilik. Kami semua macam tu walaupun sama jantina.
"Tambah selak pintu. Kalau masih ada mak, beritahu dia. Minta tegur ayah, beritahu tak selesa ayah buat macam tu. Benda ni common sense sebenarnya.
"Berhenti beli makanan dulu. Beli kunci untuk bilik tu ataupun bekas boleh dikunci. Simpan makanan dalam bekas tu. Kunci awak simpan la," cadang beberapa netizen.