suria

Kawan baik sembunyi perangai ‘penyondol’ di sebalik tudung labuh, suka ‘try’ suami orang! - “Selama ni saya tertipu”

Wanita yang merosakkan rumah tangga pasangan lain akan dipandang serong oleh masyarakat. -Gambar hiasan AI

DALAM kehidupan ini, kita tidak seharusnya menilai seseorang berdasarkan penampilan mereka semata-mata.

Namun di Thread, seorang wanita menarik perhatian ramai selepas mendedahkan sikap sebenar kawannya yang berpenampilan Muslimah.

Ujar pengadu. di sebalik gaya pemakaian yang sopan, dia mendakwa rakannya itu pernah berhubung dengan lelaki berstatus suami orang.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Kemudahan teknologi menyebabkan ramai tidak menjaga batas pergaulan. -Gambar hiasan

"Dulu saya pernah ada kawan yang Islamik. Tudungnya labuh, mengaku malu dengan lelaki, segan nak bercakap dengan lelaki.

"Tapi rupanya kantoi dengan saya. Saya ternampak dekat telefon, dia chat sana sini dengan lelaki dan suami orang. Selama ni saya tertipu," dakwanya.

Paling teruk, dia mendakwa wanita itu juga pernah 'mencuba nasib' untuk mendekati suami kepada salah seorang rakannya.

  • Seorang wanita di Thread mencuri perhatian selepas berkongsi kisah peribadi mengenai rakannya.
  • Dia mendedahkan rakannya yang kelihatan warak sebenarnya menjalin hubungan dengan suami orang.
  • Dakwanya, rakan itu juga pernah cuba mendekati suami kepada salah seorang kenalan mereka.
  • Wanita itu memilih untuk memutuskan persahabatan kerana tidak senang dengan perilaku rakannya.
  • Perkongsian itu turut mengundang komen netizen lain yang mendakwa pernah berdepan pengalaman hampir sama.

Menurut pengadu, dia kini sudah tidak bersahabat dengan individu berkenaan kerana kurang senang dengan perilakunya. 

"Tak boleh terima bila dia WhatsApp suami kawan kami malam-malam. Nasiblah suami kawan tak melayan.

"Sejak itu, malas nak percaya perempuan macam ni. Wujud je manusia macam ni. Saya dah tak kawan dengan orang macam ni," tulisnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri terkilan, lepas disuruh pakai baju dan tudung labuh suami galak tengok awek seksi... Nafkah anak bini 'ke laut'

ARTIKEL BERKAITAN: Sedap kritik influencer pakai tudung nampak leher, lupa diri sendiri pun tak jaga aurat pakai seluar atas lutut

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman hampir sama yang dilalui mereka.

"Saya pun pernah kena. Berkopiah bagai. Rupanya pergi main golf dengan skandal.

Wanita yang baik tidak akan sesekali mendekati suami orang. -Gambar hiasan

"Kawan saya sekolah agama. Hujung-hujung dia beranak dulu tanpa berkahwin.

"Bersepah je macam ni. Luaran Islamik. Hakikatnya hanya Allah yang tahu," tulis netizen.

Artikel Lain