suria

Cerai lepas 15 tahun kahwin, pemuda masih belek foto bekas bini... Isteri baharu makan hati, rasa diri sekadar pengganti

Tidak ada wanita yang sanggup berkongsi kasih dengan wanita lain. -Gambar hiasan

PERASAAN kurang keyakinan diri atau 'insecure' dalam rumah tangga bukan sesuatu yang luar biasa.

Naluri ini lazimnya wujud apabila melibatkan kisah lama pasangan masing-masing.

Sebagai contoh, mereka yang berkahwin dengan individu bergelar duda atau janda pastinya akan berdepan cabaran emosi apabila mengenangkan sejarah lama pasangan bersama bekas suami atau isteri terdahulu.

Berdepan situasi sama, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila mendapati suaminya seolah-olah masih memberi perhatian terhadap bekas isteri biarpun sudah bertahun berpisah.

Perselisihan faham hanya boleh diselesaikan dengan komunikasi. -Gambar hiasan

"Suami saya masih rasa cemburu tengok gambar bekas isteri dia dengan pasangan baharunya. Jadi maknanya dia masih sayang bekas isteri dia la kan?

"Habis saya ni apa eh? Atau memang boleh sayang dua-dua dalam satu masa yang sama?" tulisnya dalam hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemburu suami ‘terlajak’ mesra dengan kakak ipar, siap jalan pegang tangan! Persoal umur dah 30 tahun tapi tak kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pelik suami kerap VC bekas isteri, guna alasan nak tengok anak... Apabila tegur kena 'cop' cemburu, tiada sifat keibuan

Menurut wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, dia baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai setahun, namun perasaan negatif tersebut mula mengganggu fikiran.

Tambahnya lagi, hatinya kuat mengatakan berkemungkinan suaminya itu masih sukar untuk 'move on' memandangkan ikatan perkahwinan dengan bekas isteri bertahan selama 15 tahun sebelum terlerai.

  • Seorang wanita sedih suaminya masih beri perhatian terhadap bekas isteri.

  • Dia rasa suami belum 'move on' kerana perkahwinan terdahulu bertahan selama 15 tahun.

  • Dia mula rasa 'insecure' kerana perkahwinan mereka belum pun setahun.

  • Netizen saran dia bincang secara terbuka dengan suami, jangan terlalu fikir negatif.

  • Ada yang saran dia cipta lebih banyak kenangan manis bersama suami.

"Saya baru je kahwin tak sampai setahun lagi dengan suami. Diaorang pula kahwin 15 tahun dan baru bercerai dalam tiga tahun lebih. Apa pandangan korang?" tulisnya lagi sambil meminta pendapat netizen.

Di ruangan komen, warga maya memberikan reaksi bercampur antaranya berpendapat suami kepada wanita berkenaan masih belum 'move on' sepenuhnya daripada perkahwinan terdahulu.

Justeru mereka menyarankan supaya dia membuang jauh perasaan negatif sebaliknya tampil lebih kreatif untuk mencipta momen bersama suaminya.

Sebahagian daripada komen netizen.

Tidak kurang juga yang mencadangkan supaya wanita tersebut berterus-terang dan berkomunikasi untuk terus mengelakkan situasi yang menjurus kepada salah faham. 

"Buat masa sekarang, cipta banyak memori manis dengan dia. Jaga makan minum dia sebaiknya. Keep strong ye dik!

"Kalau tanya netizen confirm kitaorang cakap you rebound (sekadar pengganti). Eloklah tanya suami awak. 

 "Jangan overthinking dulu, Insya-Allah banyakkan doa pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain