SEORANG murid lelaki tahun 2 didakwa dicekik oleh pelajar 'senior' sehingga pengsan, dalam kejadian pada minggu lalu.
Mangsa dikatakan 'dikunci' kepalanya dengan lengan sehingga pengsan oleh pelaku, malah mengalami sawan sebelum dikejarkan ke unit kecemasan.
Kanak-kanak itu juga dikatakan terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) kerana paras oksigennya turun secara mendadak.
Gejala buli boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa. -Gambar hiasan
"Sebagai seorang ibu, saya menggigil nak menulis hal ini. Tak nak viral pun cuma nak jadikan pedoman untuk ibu bapa lain.
"Anak saudara kepada kawan saya kena cekik dekat sekolah. Tak ada sebab pun. Masa tengah ikat tali kasut nak keluar dari surau, kepala kena lock sampai pengsan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Malam ni aku mati!” - Adik dalam bahaya sempat minta bantuan kakak, dakwa warden ‘pejam mata’ kes buli di asrama
ARTIKEL BERKAITAN: Anak berwajah cantik dibuli cikgu perempuan dalam kelas, tudung jadi sasaran - “Datang untuk belajar, bukan melawa”
"Kejadian dekat sekolah swasta, anak saudara kepada kawan baik saya tu darjah dua, yang buli dia pula darjah enam," ujarnya dalam hantaran tersebut.
Menurutnya, laporan doktor dan polis sudah dibuat, namun apa yang lebih mengecewakan adalah sikap ibu pelaku yang didakwa langsung tidak memohon maaf.
Malah dia mendakwa, kes seperti ini bukan kali pertama berlaku di sekolah berkenaan.
- Seorang murid lelaki darjah dua didakwa dicekik pelajar darjah enam di sebuah sekolah swasta.
- Mangsa pengsan, alami sawan dan terpaksa dirawat di ICU akibat kekurangan oksigen.
- Tiada permohonan maaf daripada keluarga pelaku.
- Kes dikatakan bukan kali pertama berlaku, namun ibu bapa sebelum ini didakwa dihalang daripada buat laporan.
- Keluarga mangsa kini bekerjasama dengan polis dan JKM, sambil mengharapkan doa agar mangsa kuat melawan trauma.
"Anak orang hampir mati, bertambah trauma. Tidur malam pun tak lena. Dia sakit kepala sampai alami muntah-muntah.
"Tapi tiada kata maaf, malah seorang ibu mengeluarkan kata-kata kalau lembik tak payah jadi anak jantan. Allah... anak kamu lahir-lahir memang kuat ke?
"Ramai yang dah kena sebelum ni cuma mak ayah dihalang untuk teruskan buat laporan. Atas alasan apa pun tak tahu la," jelasnya yang kecewa dengan situasi ini.
Masalah buli perlu dibendung bermula dari peringkat sekolah rendah. -Gambar hiasan
Difahamkan, keluarga mangsa kini sedang bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, dia turut meminta orang ramai mendoakan agar mangsa terus kuat melawan trauma dan pelaku menerima balasan yang setimpal.