suria

Seketul bata, nota amarah buat pemandu hati kering halang laluan! Biar orang lain susah, janji urusan sendiri mudah

Tindakan pemandu Bezza meletakkan keretanya di laluan khas motosikal (anak panah) mengundang kemarahan pemilik kenderaan lain.

MASALAH parkir kereta di stesen kereta api bukanlah perkara baharu dengan setiap hari ramai individu terpaksa meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan.

Keadaan ini menyebabkan ada pemandu bersikap mementingkan diri dengan meletakkan sahaja kereta sesuka hati sehingga menghalang laluan dan akhirnya menyusahkan orang lain.

Menerusi satu hantaran di laman Threads, seorang individu meluahkan kemarahan terhadap sikap tidak bertanggungjawab seorang pemandu yang memarkir keretanya tetapi menghalang laluan motosikal. 

"Tak tahu siapalah pemilik kereta ni. Dah kau beng*** sangat block laluan motor nak masuk parking tu kenapa?" tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Perkongsian yang tular di laman Threads.

Individu itu turut memuat naik gambar memaparkan sebuah kereta model Bezza yang diparkir di bahu jalan, bersebelahan dengan laluan yang dikhaskan untuk laluan motosikal.

Kelihatan juga beberapa helai nota 'amarah' pada cermin hadapan, dipercayai ditinggalkan oleh pemilik kenderaan lain yang bengang dengan sikap penting diri pemandu tersebut.

Antara yang ditulis dalam nota tersebut termasuklah 'laluan motor bah***', 'otak tertinggal', 'kau bodoh ke park sini'.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram jiran T20 parkir di laman kosong sebelah dapur, dah tegur tapi makin menjadi-jadi - “Rumah dia ada porch besar”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mengaku salah ‘double park’ halang laluan, cari individu pecahkan cermin kereta nak tuntut kos ‘repair’

Apa yang menarik perhatian, seketul bata turut diletakkan pada cermin hadapan kereta tersebut. 

Berdasarkan komen pelayar media sosial, difahamkan kejadian berlaku di kawasan parkir LRT Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Dekat LRT Sri Rampai memang kereta selalu parkir tepi-tepi tu sebab parkir terhad. 

"Tapi yang Bezza ni orang marah sebab dia park dekat laluan nak masuk parkir motor," tulisnya.

  • Seorang individu meluahkan kemarahan di Threads kerana pemandu kereta Bezza parkir kereta sesuka hati.

  • Keretanya diparkir di bahu jalan bersebelahan laluan khas motosikal di kawasan parkir LRT Sri Rampai.

  • Pemilik kenderaan lain tinggalkan nota amaran dan seketul bata di cermin kereta sebagai tanda protes.

  • Kereta tersebut juga menerima surat saman daripada pihak berkuasa kerana parkir di tempat larangan.

  • Netizen sokong tindakan tinggalkan nota dan berharap pemandu lebih bertanggungjawab demi kemudahan semua.

Malah pelayar media sosial yang mengaku lalu di kawasan berkenaan berkata, kereta tersebut menerima banyak 'surat layang' selain diconteng.

Namun difahamkan kenderaan tersebut juga sudah diberikan surat saman oleh pihak berkuasa. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan pemilik kenderaan lain yang meletakkan nota untuk memberi peringatan kepada pemandu yang berkenaan agar lebih bertanggungjawab.

Antara komen netizen.

"Wow pakej siap sekali dengan surat saman, ini baru betul. 

"Kira okay la mereka tak rosakkan kereta, tinggalkan nota je.  

"Benak nak mampus. Kesian motor nak parkir pun susah," antara komen netizen. 

Artikel Lain