SEORANG wanita sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada Ahad lalu, namun majlis itu terpaksa dibatalkan.
Menurut perkongsian ibu saudaranya, keputusan itu dibuat selepas bakal suami menegaskan bahawa dia tidak akan memberikan duit belanja selepas berkahwin kerana menganggapnya bukan kewajipan.
"Anak buah saya batalkan majlis. Bukan batal di saat-saat akhir. Dia batalkan sebelum mula buat jemputan.
Persetujuan bersama penting sebelum meneruskan hubungan ke peringkat lebih serius. -Gambar hiasan AI
"Alasannya, bakal suami cakap dia hanya akan sediakan nafkah yang wajib dalam Islam seperti makan, tempat tinggal dan pakaian.
"Duit dia tak nak bagi sebab tak ada kewajipan katanya. Saya tepuk bahu anak buah dan ucap syabas," ceritanya dalam satu hantaran di Threads.
Difahamkan, wanita tersebut bekerja dalam sektor kerajaan dengan jawatan rendah, manakala lelaki berkenaan pula merupakan seorang pegawai kerajaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dah la tak ‘update’ majlis kahwin batal, klien hati kering cuma doa jurufoto murah rezeki - “Aku dah tolak job lebih 10 klien”
ARTIKEL BERKAITAN: Mesra sebelum akad nikah, lelaki ubah fikiran di pejabat agama! Pengantin perempuan rebah kejar bakal suami
Pasangan itu juga dikatakan sudah menghadiri kursus kahwin, bertunang serta memilih tarikh pernikahan namun takdir menentukan tiada jodoh di antara mereka.
"Tak salah (pendapat lelaki berkenaan). Tapi kalau kedekut sangat boleh memudaratkan rumah tangga. Kalau mampu, Islam galakkan penuhi kehendak keluarga terlebih dahulu.
- Seorang wanita batalkan majlis kahwin sebelum buat jemputan.
- Keputusan dibuat selepas bakal suami hanya mahu beri nafkah wajib tanpa duit belanja.
- Pasangan itu sudah bertunang, pilih tarikh nikah dan hadir kursus kahwin.
- Kisah itu dikongsi ibu saudaranya di Threads dan menarik perhatian ramai.
- Netizen sokong tindakan wanita itu dan anggap suami perlu ada sifat ihsan, bukan sekadar ikut perkara wajib.
"Bukan awal-awal dah buat ketetapan tak boleh minta duit," jelas wanita tersebut menerusi hantaran dibuat.
Bercerita lanjut wanita itu berkata, anak buahnya bukanlah individu yang tidak bersyukur seperti mana dilabelkan oleh segelintir netizen sebaliknya bersikap lebih berhati-hati dalam mencari suami disebabkan masa lampau dirinya.
"Anak buah aku dari broken family, mak ayah bercerai jadi tak hairan kenapa dia sangat berhati-hati.
"Lagipun ada beberapa redflag lain yang tak perlu diceritakan.
"Satu lagi, anak buah aku canik rupa dan akhlak. Dia tak sambung belajar sebab bagi peluang pada adik-adik lain belajar tinggi," katanya.
Komen netizen pada hantaran asal.
Perkongsian itu ternyata mendapat perhatian warga maya yang bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan.
Rata-rata juga bersetuju dengan tindakan anak saudaranya yang tidak meneruskan perkahwinan mereka.
"Memang betul tak wajib, tapi suami kena ada sifat ihsan. Takut la, bila isteri teringin nak makan buah, tapi suami kata saya dah bagi nafkah wajib. Bagi makan nasi jadi buah tak perlu.
"Terbaik tindakan anak buah puan. Saya sebagai lelaki pun setuju. Suami kena ada sifat ihsan tinggi. Tak nak jadi macam ayah saya, ihsan kelaut dalam.
"Jadi banyak pengajaran kehidupan saya belajar dari situ mengenangkan pengorbanan arwah mak saya. Sampai sekarang pun saya tetap utamakan hak adik-adik perempuan. Hidup kaum hawa!" komen beberapa netizen.