SEBUAH keluarga hidup dalam keadaan tidak selesa dengan kehadiran asap tebal memenuhi ruang rumah akibat pembakaran sampah secara terbuka oleh jiran.
Situasi bertambah meresahkan apabila bayi berusia 20 hari turut menjadi mangsa meskipun mereka sudah menggunakan penapis udara.
Menerusi luahan seorang wanita, dia buntu tentang apa yang perlu dilakukan memandangkan dia hanya penyewa di rumah berkenaan.
Hidup berjiran memerlukan toleransi yang tinggi. -Gambar hiasan
"Pernah tak rasa stres dan menangis sebab jiran suka bakar sampah? Unggun api dia tu kadang-kadang hidup sampai malam, jadi sepanjang malam akan bau asap.
"Ya, saya tertekan sebab bayi baru 20 hari dan bilik ni bau asap. Bangun pagi, saya pun rasa perit tekak. Air purifier dah dalam mod turbo pun masih berbau asap.
"Bilik dekat rumah sewa ni pakai tingkap nako. Jadi apa jalan penyelesaian yang ada, tampal plastik seluruh tingkap?," ajunya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ibarat kita ni habiskan duit dia” - Suri rumah malu dengan jiran, suami caci maki hanya kerana diminta bawa beg sekolah anak
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita geram jiran T20 parkir di laman kosong sebelah dapur, dah tegur tapi makin menjadi-jadi - “Rumah dia ada porch besar”
Tambah pengadu, buat masa ini dia hanya mampu berdoa memohon pertolongan Allah agar segalanya dipermudahkan.
Malah katanya aktiviti menjemur pakaian di luar rumah juga tidak lagi dilakukan kerana asap kerap memenuhi kawasan sekitar daripada pagi hingga ke tengah hari.
"Saya selalu doa agar hujan turun apabila ada orang bakar sampah dengan asap berkepul-kepul ni. Kemudian Dia turunkan hujan pukul 3 pagi... Baiknya Allah.
- Sebuah keluarga hidup tidak selesa apabila asap tebal dari pembakaran sampah jiran memenuhi rumah sewa mereka.
- Bayi berusia 20 hari terpaksa menghidu asap meskipun sudah menggunakan penapis udara pada mod maksimum.
- Ibu bayi meluahkan rasa tertekan hingga terpaksa berdoa agar hujan turun setiap kali jiran melakukan pembakaran.
- Aktiviti menjemur pakaian di luar rumah juga dihentikan kerana asap kerap memenuhi kawasan sejak pagi hingga ke tengah hari.
- Netizen suruh ambil tindakan diambil termasuk laporan polis atau bomba, selain cuba berbincang baik dengan jiran.
"Saya sendiri tak nak bergaduh. Pernah ada sebuah rumah ni bakar sampah sampai dalam rumah jadi macam Genting Highland, berkabus.
"Tapi busuk bau asap. Kejadian waktu tengah hari. memang dah tak berlaku lagi sidai kain dekat luar rumah sebab pagi dan tengah hari pun ada yang membakar," jelasnya.
Di ruangan komen rata-rata netizen yang bersimpati dengan nasib bayi pengadu tampil memberikan cadangan supaya tindakan lanjut diambil.
Komen beberapa netizen pada posting tersebut.
"Kalau tak berani tegur secara berdepan, cuba hubungi balai polis terdekat dan tanya pendapat kalau pegawai dapat tolong tegur jiran tu.
"Boleh buat laporan dekat bomba, polis atau jabatan alam sekitar. Beritahu ada pembakaran terbuka. Polis akan datang untuk bagi amaran. Silap-silap jiran tu boleh kena saman.
"Kasihannya, faham situasi ni sangat sebab jiran saya pun suka bakar sampah. Cuba jumpa jiran minta belas ihsan untuk cari jalan penyelesaian atau tak membakar dalam masa terdekat," komen beberapa netizen.