suria

Lama tahan sakit, wanita terkejut kain kasa keluar dari kemaluan lepas lebih sebulan bersalin... Pertimbang saman hospital

Bendasing dipercayai kain kasa yang didakwa keluar dari kemaluan wanita baru bersalin. -Gambar hiasan (kanan)

BAYANGKAN lebih sebulan menanggung rasa sakit dan tidak selesa pada bahagian kemaluan, seorang wanita terkejut apabila mendapati segumpal 'bendasing' dipercayai kain kasa, keluar dari alat sulitnya.

Kisah yang menimpa wanita tersebut dikongsikan oleh kakaknya menerusi satu hantaran di Threads, pada Rabu, sehingga menjadi tular. 

Menceritakan situasi lebih lanjut, individu tersebut berkata adik perempuannya bersalin secara normal di sebuah hospital di Pantai Timur pada 6 Ogos lalu.

Perkongsian yang dibuat oleh individu tersebut di laman Threads.

"Adik saya beranak normal dekat Hospital ***** pada 6 Ogos. Selepas beranak, dia ada beritahu rasa sakit-sakit juga dekat 'bawah'. Dia ingat biasa je sakit tu. 

"Dia beritahu masa kencing ada keluar benda putih sikit-sikit. Still dia ingat biasa je," tulisnya. 

Bagaimanapun, kesakitan yang dirasai itu terjawab selepas segumpal 'bendasing' dipercayai kain kasa ditarik keluar dari kemaluannya. 

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas dua bulan lahir bayi, ibu terkejut gumpalan kain kasa terkeluar dari faraj

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor tertinggal 2 kain kasa dalam skrotum masa pembedahan, pesakit sedar 2 bulan kemudian lepas cucuk sendiri kerandut

"Dia tanya nurse yang jaga dia pasal ni. Nurse beritahu ada tampon atau kapas tertinggal selepas kena jahit.

"Ini dikira kes kecuaian ni. Hari ni (Rabu) adik pergi balik ke hospital tu, nak jumpa balik doktor yang rawat dia. Kesian adik," tulisnya lagi.

  • Seorang individu kongsi kisah adiknya yang mengalami kesakitan pada kemaluan selepas bersalin normal.

  • Adiknya terkejut segumpal bendasing seperti kain kasa keluar dari alat sulitnya, dipercayai tertinggal semasa prosedur jahitan.

  • Kejadian berlaku di sebuah hospital di Pantai Timur.

  • Keluarganya bercadang ambil tindakan undang-undang kerana ia kes kecuaian.

  • Netizen sokong tindakan tersebut supaya kes sedemikian tidak berulang pada masa hadapan.

Dalam perkongsiannya, individu itu turut memuat naik gambar bendasing berkenaan yang kelihatan berwarna seperti kecoklatan. 

Bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan kerana kes kecuaian, individu tersebut turut meminta pandangan daripada warga maya mengenai prosedur yang wajar dilakukan. 

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan pihak keluarga individu tersebut yang mahu membawa kes berkenaan ke tengah agar ia dijadikan pengajaran dan mengelakkan insiden sama berulang.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Saman, sebab pernah viral dulu kes lebih kurang macam ni juga, nasib baik akak tu panjang umur.

"Kalau ada duit, bawalah hal ni ke mahkamah. Kecuaian tu.

"Nasib baik bendanya keluar, kalau tak keluar, tak tahulah apa jadi. Pastikan rujuk balik dengan hospital tu," demikian antara komen netizen. 

Berdasarkan pemerhatian mStar, sehingga artikel ini ditulis, individu tersebut masih belum berkongsi perkembangan lanjut berhubung kes berkenaan. 

Artikel Lain