BAGI ibu berkerjaya, cuti umum atau hujung minggu selalunya dimanfaatkan untuk menguruskan kerja rumah yang tertangguh.
Begitu juga dengan wanita ini, justeru dia memilih untuk tetap menghantar anaknya ke pusat asuhan walaupun dia bercuti.
Namun menerusi perkongsian di media sosial, dia meluahkan rasa bersalah dan ragu-ragu dengan keputusan tersebut.
Masa bersendirian atau 'me time' adalah penting untuk setiap individu. -Gambar hiasan AI
"Soalan saya ni untuk ibu berkerjaya. 'Berdosa' tak kalau kita hantar anak dekat pengasuh walaupun kita cuti? Jangan kecam.
"Cerita panjangnya... masa perjanjian (dengan pengasuh) dulu, enam hari cuti dalam sebulan tapi kadang-kadang sampai 12 hari cuti dan tak hantar.
"Tapi hantar atau tidak ke rumah pengasuh, saya tetap bayar. Ambil awal ke, hantar lewat ke... sama je," jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kakak ipar buta perut, suruh mengasuh anak-anak tapi tak bagi upah... Hujung minggu pun kena jaga sebab nak main boling!
ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi ngeri 3 hari hantar anak rumah pengasuh! Kepala bayi umur 3 bulan dibiar teleng tonton TV
Dia menjelaskan, bayaran bulanan yang dikenakan tetap sama tidak kira anak dihantar atau tidak ke pusat asuhan tersebut.
Justeru dia berpendapat bahawa tidak akan timbul isu apabila dia menggunakan khidmat pengasuh walaupun ketika bercuti.
"Macam minggu ni sudah cuti bermula Sabtu, Ahad dan Isnin. Jadi hari Selasa (Hari Malaysia) saya hantar walaupun cuti.
- Seorang ibu bekerjaya rasa bersalah kerana tetap hantar anak ke pengasuh walau dia bercuti.
- Katanya, bayaran bulanan tetap penuh sama ada anak dihantar atau tidak.
- Wanita itu menjelaskan dia siapkan kerja rumah dan urusan peribadi yang tertangguh.
- Ramai netizen rata-rata memahami situasinya.
- Ramai anggap tindakannya wajar kerana pengasuh tetap dibayar penuh, malah cuti juga boleh digunakan untuk rehat.
"Hari ni juga la nak siapkan segala kerja-kerja yang tertangguh jadi tidak salah kan?" ujarnya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai warganet yang rata-rata memahami situasi wanita berkenaan.
Kebanyakannya bersetuju dengan tindakan wanita itu yang menggunakan waktu cutinya kerana mahu menyiapkan pelbagai urusan peribadi.
Antara komen netizen di media sosial.
"Tak salah! Sedangkan pengasuh akan berkira dengan kita sebab bayaran upah kena penuh. Jadi kalau cuti banyak tu hantar je la. Dapat 'me time'.
"Tapi rugi masa untuk diluangkan bersama dengan anak. Kalau memang penat, nak buat kerja rumah okay je nak hantar. Saya tetap hantar walaupun cuti sakit sebab nak rehat dan tidur.
"Tak salah sis, saya kadang-kadang cuti pun hantar anak sebab masa cutilah nak selesaikan semua benda," komen beberapa netizen.