BUKAN sedikit kos yang diperlukan untuk menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagi pihak lelaki, menyediakan wang hantaran dan membiayai kos majlis bertandang sudah pasti menuntut komitmen dan disiplin yang tinggi.
Tekanan itu menjadi semakin mencabar jika pada saat-saat akhir bakal isteri meminta wang tambahan bagi menampung kos majlis resepsi di pihaknya seperti yang dilalui seorang lelaki ini.
Kos untuk menganjurkan majlis perkahwinan memakan belanja yang besar. -Gambar hiasan
"Mas kahwin dan hantaran berjumlah RM15,000 dah bagi. Nak menikah dan buat majlis bulan Disember depan.
"Tiba-tiba pihak perempuan minta tambahan lagi RM8,000 untuk buat majlis perkahwinan," demikian menurut seorang individu ketika bercerita mengenai nasib kenalannya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah amal polisi baharu majlis kenduri, tetamu layak dapat ‘goodies’ lepas ‘salam kaut’ - “Kesian tengok yang tak mampu”
ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan tak kisah ‘cut’ bajet kenduri kahwin... Menangis ayah minta RM10,000, berangan nak buat majlis gah
Untuk makluman, wang hantaran adalah hadiah yang diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan.
Lazimnya wang tersebut digunakan oleh pihak pengantin perempuan untuk membuat persediaan di pihaknya, seperti membeli peralatan atau kelengkapan untuk majlis dan sebagainya.
Seorang individu berkongsi kisah kenalannya diminta beri wang hantaran tambahan.
Keluarga pengantin perempuan didakwa enggan menanggung kos kenduri di pihak sendiri.
Individu itu meluahkan rasa tidak puas hati dan berpandangan supaya mana-mana lelaki untuk 'berundur' sebelum dipaksa menanggung lebih banyak permintaan.
Netizen mengecam sikap keluarga pihak perempuan yang dianggap membebankan.
Rata-rata menyarankan lelaki agar bersikap tegas agar tidak terus terbeban.
Justeru, individu berkenaan berpendapat wang yang sudah diberikan berjumlah belasan ribu ringgit itulah yang perlu digunakan untuk menganjurkan kenduri di sebelah pihak perempuan, atau pun mengeluarkan biaya sendiri sekiranya tidak mencukupi.
"Sendiri punya majlis, sendiri tanggunglah. Apa hal pihak lelaki kena tanggung?
"Baik 'blah' awal sebelum kau kena tanggung satu keluarga nanti," tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen.
Perkongsian individu tersebut mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya turut mengecam tindakan keluarga pihak perempuan yang dilihat seakan-akan cuba mengambil kesempatan kepada bakal pengantin lelaki.
"Kenduri sebelah perempuan tanggungjawab akhir mak ayah perempuan... ia termasuk dalam nafkah yang disediakan untuk anak perempuan.
"Tarik diri cepat sebelum ada permintaan mengarut. Ujian sebegini untuk tahu calon suami jenis melayan atau tegas dengan pendirian sendiri.
"Lari je la... sementara nak sampai bulan 12 nanti, entah apa lagi diminta," komen netizen.