suria

Bengis dikejut bangun pagi, liat solat Subuh! Isteri sedih suami bukan ‘morning person’, anggap gagal 2 perkara penting dalam hidup

Tabiat buruk seperti bangun tidur lambat haruslah diubah apabila sudah berkahwin. -Gambar hiasan

RUTIN kehidupan sewaktu bujang sepatutnya berubah apabila seseorang itu melangkah ke alam perkahwinan. 

Tabiat buruk seperti suka melepak, liat bangun pagi dan sebagainya perlu ditinggalkan apabila sudah berkongsi hidup dengan pasangan.

Namun, berbeza pula dengan kisah seorang isteri ini yang meluahkan rasa kecewa apabila suaminya masih terbawa-bawa perangai zaman bujang iaitu sukar bangun pagi hingga meninggalkan kewajipan menunaikan solat Subuh. 

Setiap wanita mengimpikan lelaki yang taat menjaga kewajipan untuk dijadikan suami. -Gambar hiasan

"Tolonglah kahwin dengan orang yang rajin bangun pagi! Yang setiap kali bangun tak bengis. Aku menyesal jumpa lelaki pemalas bangun, 'alarm' macam nak mampus bunyi pun tak bangun.

"Tak kira lagi kalau masa dia kerja, aku yang kena kejut dulu. Tak pernah rasa dia kejut aku. 

"Subuh tak payah cakap... ikut mood, ikut penat tak penat. Subuh pukul 8 pagi tu benda biasa," tulisnya dalam satu hantaran di laman Threads. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pemalas, pengotor cuma akan mandi jika bersama isteri! Gosok gigi seminggu sekali, tak cuci rambut

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri ‘kalah’ dengan suami malas kerja, 8 tahun pikul tugas menafkahi keluarga - “Dia tunggu saya bagi modal bisnes”

Bukan tidak pernah menyuarakan teguran namun tindakannya itu diibaratkan seperti mencurah air ke daun keladi. 

"Tak pernah ada niat nak berubah, alasan sama je 'dah memang susah bangun nak buat macam mana?'

"Banyak kali kecewa bab solat, bab kejut bangun, ini sajalah masalah husband aku . Yang lain okay je dia. Tapi dua benda penting ni gagal," tulisnya.

Malah ujar wanita yang tidak mendedahkan identiti itu lagi, mereka berdua pernah bergaduh lantaran suami mengamuk kerana dikejutkan awal pagi untuk solat Subuh.

  • Seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami yang liat bangun pagi.

  • Suaminya memberi reaksi bengis tiap kali dikejutkan kerana tidur terganggu.

  • Disebabkan liat bangun pagi, suaminya sering terlepas solat Subuh.

  • Sudah banyak kali ditegur tapi suaminya tidak mengendahkan teguran dan masih tak berubah.

  • Dia menasihatkan gadis lain agar berhati-hati mencari calon suami.

"Aku pernah stop solat sebab gaduh dengan dia pasal solat. Gaduh besar ye, sebab dia tak bagi aku kejut dia. Bila aku marah cakap tak jaga agama, dia counter balik cakap aku pun kadang tinggal. 

"Aku dah selalu kejut dia Subuh. Tapi selepas hampir dua tahun perkahwinan, aku dah tak kejut lagi. The damage has been done, terlalu sakit. 

"Aku kongsi apa yang aku nak kongsi, ambil sebagai pengajaran," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati terhadap wanita tersebut, malah ada yang berkongsi pengalaman serupa berdepan pasangan yang masih dengan perangai lama.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ada juga yang menasihatkan wanita itu supaya tidak berhenti menegur dan terus mendoakan suaminya berubah kerana perkahwinan itu sendiri adalah satu bentuk perjuangan yang memerlukan kesabaran.

"Moga diberikan kesabaran yang tinggi hendaknya.

"Gadis dekat luar sana, selain ada duit, bertanggungjawab dan baik, tolong cari laki yang bangun awal... morning person.

"Kalau kamu tak boleh mengubah seorang lelaki, tukarlah lelaki tersebut," antara komen netizen. 

Artikel Lain