KENANGAN pahit menjelang hari bahagia yang berlaku hampir satu tahun lalu masih segar dalam ingatan wanita ini.
Menurutnya, seorang wanita yang merupakan kawan baik kepada bakal suami muncul dan membuat kacau beberapa bulan sebelum majlis akad nikah berlangsung.
Lebih mengejutkan, dia cuba mendesak lelaki tersebut yang pada ketika itu berstatus tunangnya supaya memutuskan hubungan dan membatalkan perkahwinan mereka yang telah dirancang.
Setiap wanita mengimpikan hidup bahagia selepas berkahwin. -Gambar hiasan
"Saya dah tempah segala doorgift, semua persiapan sudah siap. Nasib baik pasangan saya tak hilang akal dan memang tak sukakan dia.
"Lepas perempuan tu chat dengan bakal suami saya masa tu, dia macam sengaja bagi hint akaun palsu Instagram dia. Dia 'post' macam saya orang jahat dalam cerita ini.
"Dia buat macam laki saya yang tinggalkan dia. Masa tu saya gaduh besar dengan pasangan dan saya salahkan dia habis-habisan dan maki perempuan tu," ceritanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak jadi kahwin, wanita tebal muka minta semua pihak pulangkan deposit! ‘Ajaib’ semua setuju refund, tak banyak ‘songeh’
ARTIKEL BERKAITAN: Derita diganggu sejak bujang, lepas kahwin minta cerai setiap hari angkara jin asyik! Selesai rawatan baru ibu dedah keturunan
Wanita itu berkata, dia juga memberi amaran kepada tunangnya dengan menyatakan sekiranya dia memilih untuk bersama perempuan itu, maka dirinya adalah lelaki paling bodoh.
Jelasnya lagi, sebelum bercinta dan bertunang, dia awal-awal lagi sudah meminta penjelasan mengenai hubungan mereka berdua.
'Sahabat' kepada tunangnya itu sendiri mengaku tidak menyimpan sebarang perasaan terhadap lelaki berkenaan, sebelum menghilangkan diri selama dua tahun.
- Seorang wanita diganggu kawan baik tunangnya sebelum akad nikah.
- Individu itu gunakan akaun palsu untuk ganggu hubungan dia dan tunang dengan harapan mereka tak jadi kahwin.
- Wanita terbabit pernah mengaku tiada perasaan terhadap tunangnya sebelum ini.
- Bagaimanapun pengadu kini sudah berkahwin dengan lelaki itu selama dua tahun.
- Dia kecewa kerana imej Muslimah sejati wanita itu tidak seiring dengan perangainya.
"Selama dua tahun, saya yang ada waktu jatuh bangun dia (tunang). Betina tu buat dia macam tayar spare part je. Perempuan tu cakap, tak suka pun suami saya.
"Siap ada bukti. Lepas tunang, suami saya ada bagi hint (petunjuk) sikit-sikit dekat media sosial yang dia bersama saya sekarang, betina tu 'meroyan' dari masa ke masa.
"Sampai tahap saya nak menikah dah pun, dia meroyan lagi. Lepas pasangan saya sound, baru saya puas hati. Tak lama tu, saya pula sound dia. Pertama dan terakhir kali," ujarnya.
Komunikasi antara pasangan penting untuk mengelak salah faham. -Gambar hiasan
Katanya, sikap rakan baik suami yang cuba memutuskan ikatan pertunangannya dulu cukup membuatkan dia berasa kecewa kerana wanita itu membawa imej baik dan sopan dari segi pemakaian.
"Kenapa saya panggil (gelaran) betina? Sebab perwatakan tak sejajar dengan pembawakan dia. Pakaian tutup litup. Guna handsock, berstoking... kalah pemakaian saya.
"Tapi perangai, hati? Nauzubillah min zalik. Semoga saya dan keturunan dijauhkan puak-puak sebegini sampai bila-bila," ujarnya lagi.