suria

Menggigil memandu bayi sawan ke hospital, wanita anggap pengguna jalan raya kejam tak bagi laluan - "Dah pasang double signal, keluar kain putih"

Setiap pemandu perlu mengawal emosi tidak kira ketika berdepan apa jua situasi. -Gambar hiasan

SEORANG ibu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan keselamatan dan nyawa anaknya terjamin.

Namun, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa pengguna jalan raya tidak memberi laluan ketika dia berdepan detik cemas bergegas membawa anaknya ke hospital.

Dalam perkongsian di Threads, dia mendedahkan kejadian itu berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan ketika anaknya mengalami sawan.

Motorists is seen approaching Gombak Toll Plaza to going back to their hometown to celebrate upcoming Hari Raya Aidilfitri on April 18.—AZMAN GHANI/The Star

Pengguna jalan raya perlu memberi laluan jika terdapat kes kecemasan melibatkan nyawa. -Gambar hiasan

"Aku emergency tadi. Dah pakai double signal, keluarkan kain putih sambil memandu. Tapi seorang pun tak bagi kerjasama.

"Kenapa korang kejam eh? Aku bawa kereta sambil menangis tau. Anak aku dekat sebelah dah tak bermaya.

"Korang langsung tak ada sifat (simpati) nak bagi aku laluan. Masih trauma tengok anak kena sawan tadi," tulis wanita itu pada Rabu.

  • Seorang wanita kecewa tak diberi laluan ketika membawa anaknya yang diserang sawan ke hospital.
  • Dia dakwa sudah beri isyarat, namun tetap diabaikan pengguna jalan raya.
  • Wanita itu berkata dia menangis ketika memandu kerana anaknya kelihatan tidak bermaya di sebelah.
  • Dalam kemas kini baharu, dia memaklumkan anaknya kini sudah menerima rawatan dan semakin pulih.
  • Netizen di ruangan komen meluahkan simpati serta menitipkan doa agar anaknya segera sembuh.

Dakwanya lagi, dia juga sudah membunyikan hon, namun tetap tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya yang lain.

"Tadi nyaris nak langgar kereta sebab saya bawa dengan keadaan menggigil," dakwanya lagi.

Dalam kemas kini terbaharu, dia mendedahkan anaknya sudah menerima rawatan dan keadannya semakin baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak sakit, wanita minta izin nangis dalam kereta! Uncle Grab batal trip seterusnya untuk pujuk, siap belikan makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah sakit meneran, orang lain paksa namakan bayi Zara Qairina - "Eh beranaklah sendiri"

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan simpati terhadap nasib yang menimpa wanita itu.

Malah, ramai netizen yang memberi kata-kata semangat dan menitipkan doa agar anaknya segera sembuh.

"Realitinya memang macam ni. Kadang orang ingat kita sengaja nak laju, sedangkan kita kecemasan.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Ibu bapa perlu segera ke hospital jika anak mengalami sawan. -Gambar hiasan

"Mereka tak kejam sis. Tapi sebab ramai salah guna hazard light atas kepentingan peribadi.

"Semoga Allah lindungi awak dan beri kesihatan pada anak awak ya," tulis beberapa netizen.

 

Artikel Lain