SEORANG wanita meraih perhatian ramai selepas berkongsi kisah bayinya yang meninggal dunia selepas lapan hari dilahirkan.
Namun apa yang lebih menyedihkan, wanita itu juga perlu berdepan dengan sikap ibunya yang masih mempercayai perkara tahyul.
"Barang-barang baby tak sempat dipakai. Jadi, saya bagi semua barang baby dekat adik sebab dia tengah mengandung.
Cahaya mata menjadi pelengkap dalam kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan
"Tapi mak saya suruh buang barang tu. Dia takut barang baby saya bawa malang dekat baby adik nanti.
"Dia beritahu adik saya jangan ambil satu pun barang baby saya, nanti benda buruk berlaku," tulis wanita itu di Threads.
Dalam hantaran sama, dia mendedahkan bahawa ibunya merupakan warga Indonesia yang masih lagi terikut-ikut dengan kepercayaan karut.
- Seorang wanita berkongsi kisah sedih apabila bayinya meninggal dunia selepas lapan hari dilahirkan.
- Dia mahu beri barangan bayi kepada adiknya yang sedang mengandung.
- Namun, ibunya melarang kerana percaya barangan itu bakal membawa malang.
- Wanita itu akui sukar untuk simpan barangan bayi kerana terlalu sedih.
- Netizen berbelah bahagi, ada yang simpati dan ada yang setuju dengan kepercayaan ibunya.
"Saya dah tak mampu nak betulkan kepercayaan mak saya. Saya juga tak boleh nak simpan barang anak saya.
"Saya dah cuba, tapi setiap kali ternampak, saya akan sebak. Masa nak kemas barang tu pun saya menangis teresak-esak," luahnya lagi.
Menurutnya, antara barangan yang mahu disedekahkan adalah lampin pakai buang, tisu basah, peralatan mandi, minyak sapuan dan macam-macam lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi merengek dalam ‘stroller’, mak ayah berselera isi perut... Pelanggan meja sebelah gelisah, rasa nak tolong dukung
ARTIKEL BERKAITAN: Punyalah sakit meneran, orang lain paksa namakan bayi Zara Qairina - "Eh beranaklah sendiri"
Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap wanita itu yang sedang bersedih atas kematian anaknya.
Namun, ada juga segelintir netizen yang bersetuju dengan tindakan ibunya.
"Ini dari pengalaman saya. Saya ada sepupu, berubat cara Islam. Ustazah pun cakap benda sama. Jangan simpan barang orang yang dah meninggal dunia.
Ibu hamil biasanya membuat persiapan beberapa bulan sebelum bersalin. -Gambar hiasan
"Tak perlu beri pada sesiapa. Simpan dulu, mungkin suatu hari nanti ada baby baharu.
"Kalau tak dapat beri pada adik, boleh iklankan pada sesiapa yang memerlukan," antara komen netizen.