suria

Kacak, fasih baca doa... Wanita kecewa ‘crush’ di ofis rupanya songsang! Kini mula belajar cara kesan lelaki gay

Segelintir pengamal hubungan sejenis dilihat semakin terbuka berkongsi tentang pasangan mereka di media sosial. -Gambar hiasan AI

MENCARI pasangan hidup pada zaman sekarang bukanlah sesuatu yang mudah kerana pelbagai faktor boleh menjadi penghalang.

Di Threads, seorang wanita mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalamannya cuba untuk mendekati seorang lelaki.

Dakwanya, lelaki yang dilihat memiliki banyak tarikan itu sebenarnya seorang homoseksual, sekali gus menghancurkan harapannya untuk berkenalan lebih rapat.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Media sosial merupakan salah satu cara mudah untuk kita mengenali seseorang. -Gambar hiasan

"Beberapa tahun lepas, ketika bekerja di sebuah syarikat, aku ada minat seorang lelaki kacak. 

"Kawan tunjukkan akaun media sosial lelaki itu. Dia dah ada pasangan yang juga seorang lelaki. 

"Mereka bangga tunjuk hubungan sebagai pasangan kekasih," tulisnya memulakan cerita.

  • Seorang wanita berkongsi cerita tentang rakan sekerja yang pernah diminatinya.
  • Dia dakwa lelaki tersebut sebenarnya homoseksual.
  • Lelaki itu memiliki latar belakang akademik cemerlang dan berkarisma.
  • Ketika berucap, dia berkata lelaki itu juga fasih membaca doa.
  • Sejak pengalaman itu, dia mula belajar mengenal pasti golongan gay.

Dalam hantaran sama, dia berkata lelaki itu bukan biasa-biasa, sebaliknya memiliki latar belakang akademik yang mengagumkan.

"Saya buat semakan latar belakang. Dia graduan sebuah universiti terkemuka luar negara. Dia belajar di sekolah terkemuka Malaysia.

"Apabila dia memberi ucapan, dia membaca doa dalam bahasa Arab dengan fasih. Sejak itu, saya mula belajar cara untuk mengenal pasti gay.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki gay tak kisah nikah wanita tangkap muat! Cerai tak sampai setahun, bekas isteri masih dara tak pernah disentuh

ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonoh

"Kadang-kadang tengok bentuk senyuman pun saya dah boleh agak (lelaki itu) gay," tulis wanita itu lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi cara mereka mengenal pasti golongan itu.

"Kalau kulit dia polished semacam, baju fit, rambut terletak helok, memang 'radar gay' saya akan berbunyi.

Ramai lelaki gay memilih untuk tidak berkahwin. -Gambar hiasan

"Bak kata kawan saya. Lelaki ni kalau 'helok' mesti suami orang atau gay.

"Mereka ni cuba nak sorok (jadi gay) tapi kita boleh kesan," tulis beberapa netizen.

Sebagai peringatan, hubungan sejenis merupakan satu perbuatan haram dan semuat umat Islam perlu menjauhinya.

Artikel Lain