DALAM dunia pekerjaan, majikan bukan sahaja memikul tanggungjawab memastikan kelancaran operasi syarikat atau organisasi, malah turut berdepan dengan pelbagai kerenah pekerja yang adakalanya mencabar kesabaran.
Walaupun pekerja merupakan aset penting namun sikap negatif seperti sambil lewa, kurang disiplin dan sebagainya boleh menjejaskan produktiviti dan suasana kerja secara keseluruhan.
Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang wanita berkongsi kisah pekerjanya yang secara tiba-tiba menghilangkan diri untuk tempoh yang lama tanpa sebarang makluman, sehingga menimbulkan kesulitan kepada dirinya selaku majikan.
Apa yang membuatkan dirinya geram, pekerja lelaki tersebut akhirnya muncul kerana mahu bertanyakan bayaran gaji, hanya selepas kira-kira tiga minggu 'ghaib'!
Proses temuduga adalah waktu terbaik untuk majikan 'menapis' calon pekerja. -Gambar hiasan
"Masuk kerja dua hari, lepas tu missing in action (MIA) sejak 30 Ogos. Panggilan tak angkat, WhatsApp tak balas.
"Saya beri dia masa beberapa hari in case ada kecemasan ke apa kan. Suami saya hantar mesej lagi selepas beberapa hari tapi tiada balasan.
"Hari ni 18 September, ini. Wow berani betul! Langsung tak jelaskan apa-apa, tapi siap minta gaji? Wow!" tulisnya dalam hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya
ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’
Wanita tersebut yang merupakan pengusaha makanan turut memuat naik tangkap layar (screenshot) mesej yang dihantar pekerja tersebut kepadanya menerusi aplikasi WhatsApp.
"Assalamualaikum kak... Maaf ganggu. Boleh saya tanya, hari tu saya kerja dua hari, ada gaji tak?" demikian mesej yang dikirimkan pekerja tersebut.
Wanita tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan jawatan yang disandang pekerja tersebut serta butiran lain.
Seorang majikan berkongsi tentang pekerjanya yang 'menghilangkan diri' selepas 2 hari bekerja.
Pekerja itu tak jawab panggilan atau mesej selama tiga minggu sebelum muncul semula untuk bertanya gaji.
Majikan kecewa dan menyifatkan pekerja itu tidak bertanggungjawab dan tiada adab.
Tindakan pekerja itu turut dikecam oleh netizen yang menyarankan majikan bersikap tegas.
Netizen berpendapat majikan tak perlu bayar gaji kerana pekerja itu tak bertanggungjawab.
"Inilah realiti cari pekerja zaman sekarang. Kualiti dah tak ada, adab jauh sekali," tulisnya.
Dalam hantaran itu juga, wanita berkenaan tidak memperincikan adakah dia membayar gaji pekerja tersebut serta status terkininya sama ada masih bekerja atau 'disingkirkan'.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya turut mengecam pekerja berkenaan, selain menyarankan supaya wanita tersebut bersikap tegas agar individu itu memahami erti tanggungjwab dan amanahnya sebagai seorang pekerja.
Sebahagian komen netizen yang mengecam pekerja berkenaan.
"Suruh dia datang jumpa awak, baru bagi gaji. Ceramah dulu. Jangan transfer je terus, dia tak kan ambil pengajaran.
"Dalam agreement kalau MIA, company boleh tuntut kerugian dekat bekas pekerja. Sebab buang masa kita training dia.
"Minimum tujuh hari dik... itu pun with prior notice kau nak resign. MIA mana ada gaji. Kalau ada gaji, gitu ramailah buat," demikian antara komen netizen.