suria

Staf bank tak sensitif tanya soalan... Mualaf murung, rendah diri disangka anak luar nikah kerana nama 'Abdullah'

Dituduh anak tidak sah taraf boleh menyebabkan seseorang individu itu tertekan. -Gambar hiasan

SEORANG pengguna media sosial menyelar sikap individu yang gemar bertanya hal peribadi sehingga menyinggung perasaan orang lain.

Katanya, nama seseorang dengan 'bin Abdullah' misalnya sering disalah tafsir oleh segelintir masyarakat yang mengaitkannya dengan anak tidak sah taraf.

Menurut individu berkenaan, hakikatnya nama Abdullah itu bukan melambangkan seseorang itu anak luar nikah sambil memberikan contoh terdekat, bekas perdana menteri.

Sebahagian mualaf yang memeluk Islam memilih nama mereka bin Abdullah. -Gambar hiasanSebahagian mualaf yang memeluk Islam memilih nama dengan 'bin Abdullah'. -Gambar hiasan

“Siapa cakap 'bin Abdullah' tu untuk anak tak sah taraf? Tengok saja arwah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Anak-anaknya pun di'bin' dan di'binti'kan dengan nama Abdullah.

"Orang sini suka bersangka-sangka walaupun tepi kain masing-masing berserabai tak bercuci. Sibuk nak tahu itu ini pasal orang lain. Kalau betul beradab, tak kan tanya soalan macam tu pada orang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tak senang duduk, sedih anak sulung selalu tanya kenapa guna nama ‘bin Abdullah’ - “Dosa lepas, biarlah saya yang tanggung”

ARTIKEL BERKAITAN: Kes ‘bin Abdullah’: Mahkamah Persekutuan putuskan anak tak sah taraf tidak boleh di bin atau binti nama bapa

Dia berkata demikian sambil berkongsi posting status seorang mualaf yang ber'bin'kan Abdullah dan disangka sebagai anak tidak saf taraf.

Berdasarkan perkongsian mualaf tersebut, dia sedang membuat kad bank sebelum ditanya oleh staf berkenaan mengenai status dirinya.

"Staf tu sambil dia bagi MyKad saya, dia kata awak anak luar nikah ke? Terkejut tetiba, saya jawab tak lah, kenapa? Kemudian dia tunjuk 'bin Abdullah' tu.

"Otak saya ligat berfikir, lepas tu saya kata eh tak ni nama saya lepas masuk Islam. Perbualan singkat tu buat saya sampai sekarang tak berhenti fikir," kata mualaf itu dalam perkongsiannya.

  • Seorang individu tegur sikap masyarakat yang sering salah tafsir 'bin Abdullah' sebagai anak tidak sah taraf.
  • Luahan seorang mualaf mendedahkan dirinya pernah disoal staf bank sama ada dia anak luar nikah kerana namanya 'bin Abdullah'.
  • Perkara itu membuatkan individu tersebut berasa rendah diri dan menyesal menukar nama selepas peluk Islam.
  • Netizen kecam tindakan staf terbabit dan tegaskan masyarakat perlu lebih beradab agar tak lukakan hati orang lain dengan soalan tak wajar.

Tambahnya, soalan yang dituju staf terbabit membuatkan dia selalu terfikir, seolah-olah dirinya membawa imej negatif hanya kerana ber'bin'kan Abdullah. 

“Saya jadi tak suka nama Islam saya, rasa menyesalnya tukar nama,” katanya.

Reaksi warga maya.Reaksi warga maya.

Sementara itu, netizen berpandangan memang ada segelintir masyarakat sering memandang serong terhadap individu dengan 'bin Abdullah'.

"Sekarang anak tak sah taraf dah tak bin Abdullah lagi. Dah di'bin'kan nama Allah yang lain. Puncanya untuk elak persepsi masyarakat yang label 'bin Abdullah' je mesti anak tak sah taraf.

"Bukan salah dia. Salah staf tu tanya soalan bodoh. Mana ada orang normal tanya soalan macm tu," katanya.  

 

Artikel Lain