suria

Duda buntu, mak mentua bagi 'lesen' suruh kahwin adik ipar tapi risau kekok jumpa bekas isteri - "Dia pun cantik juga"

Setiap individu berhak untuk mendirikan rumah tangga dan bahagia dengan pasangan. -Gambar hiasan AI

DILEMA mengenai jodoh sedikit sebanyak pasti menghantui individu yang pernah melalui episod perceraian. 

Namun, kisah seorang duda anak satu ini menjadi perhatian selepas dia berkongsi tentang cadangan mengejutkan daripada bekas ibu mentuanya sendiri.

Menurut lelaki itu, bekas ibu mentua pernah menyuarakan hasrat untuk menyatukan dirinya dengan bekas adik iparnya sebagai pasangan suami isteri.

Komunikasi penting untuk mengekalkan hubungan baik dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Aku duda anak satu. Sudah satu tahun bercerai. Sekarang aku nak pandangan ramai.

"Ibu mentua ada cakap dekat aku, nak kahwinkan aku dengan adik ipar jadi dia tanya kami berdua ni rapat ke?" jelas lelaki itu.

Lelaki tersebut turut mendedahkan hubungan dengan keluarga bekas isteri masih terjalin baik, malah anak tunggalnya juga rapat dengan adik ipar.

ARTIKEL BERKAITAN: 18 tahun lalu kena jeling sebab bersanding tumpang pelamin orang, pasangan ini 'kahwin semula' buat majlis lebih gah

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bakal nikah... Tunang kerja 'gomen' beritahu tak kan beri duit belanja, cuma bagi nafkah wajib lepas kahwin

Situasi ini membuatkan dia keliru dan tertanya-tanya mengenai kemungkinan yang akan berlaku seandainya perkahwinan itu benar-benar terjadi.

Mengenai fizikal dan personaliti, katanya, bekas adik ipar juga mempunyai rupa paras menawan seperti kakaknya.

"Lagipun anak aku okay (hubungan baik) dengan adik ipar aku. Apa pendapat anda semua.

"Kalau nanti saya kahwin... terjumpa bekas isteri masa hari raya. Adik dia pun tak kurang cantik juga," luahnya lagi dalam perkongsian di X.

  • Seorang duda anak satu yang sudah setahun bercerai kini dalam dilema.
  • Ibu mentua cadangkan dia kahwin dengan adik ipar.
  • Hubungan keluarga masih baik, malah anaknya juga rapat dengan adik ipar.
  • Dia bimbang jika perkahwinan itu berlaku, pasti janggal bila berdepan bekas isteri.
  • Sebahagian netizen menentang dan ada yang nasihat dia fikir masak-masak serta lakukan solat istikharah.

Perkongsian lelaki berkenaan mengundang pelbagai pandangan warga maya. 

Ada yang berpendapat langkah tersebut boleh mengundang ketegangan dalam kalangan adik-beradik, apatah lagi jika hubungan dengan bekas isteri masih berbekas.

"Salin tikar (kahwin adik beradik) bercerai hidup ni susah bang. Nanti ada masalah adik beradik tu. Kalau cerai mati tu lain cerita. Harap kena tunggu bekas isteri mati dulu.

Komen netizen pada hantaran di X.

"Boleh tahan juga kau ni bang. Nak cuba adiknya pula. Cukup kental ke bang nak hadap gaduh adik beradik ni? Mesti janggal nak mampus kalau ada majlis keluarga berkumpul. 

"Tak salah pun cuma kau kena bersedia untuk apa akan terjadi dengan hubungan akan datang. Mentua tahu kau baik dan bekas isteri yang tak semenggah.

"Nampak gaya 'back up' kau pun besar dalam famili mentua. Fikir baik-baik. Berbincang dan buat solat istikharah. Semoga berjaya bang," komen beberapa netizen.

Artikel Lain