suria

Isteri bagi jawapan 'padu', suami tak jadi kahwin lain atas alasan mahu anak perempuan! Netizen syak dulu ponteng kelas Sains

Anak antara alasan yang diberikan suami untuk berpoligami. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki berkongsi kisah lucu sahabatnya yang sudah berumah tangga dan mempunyai tiga anak lelaki.

Menurutnya, sahabatnya itu pernah menyuarakan hasrat kepada isteri untuk berpoligami dengan alasan mahu mencuba mendapatkan anak perempuan.

Namun, jawapan yang diberikan oleh isteri kepada sahabatnya itu benar-benar di luar jangkaan.

Bukan semua wanita sanggup hidup bermadu. -Gambar hiasanBukan semua wanita sanggup hidup bermadu. -Gambar hiasan

"Dia minta izin kat isteri dia nak kahwin lain sebab nak cuba dapatkan anak perempuan pula.

"Isteri dia kata baik, kita sama sama usaha. U kahwin lain, bagi i kahwin lain juga. Mana tau dapat anak perempuan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai suami tak dapat lampu hijau poligami sebab miskin! Kalau kaya, tak culas nafkah isteri mungkin pertimbangkan

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu jadi perempuan dibenci Allah kerana minta cerai, wanita buat perjanjian dengan bakal suami... Setuju poligami tapi bersyarat

Reaksi spontan itu membuatkan rakannya itu terus membatalkan niat untuk berpoligami.

Individu berkenaan yang menceritakan semula pengalaman itu berkata, dia sendiri tidak dapat menahan ketawa apabila mendengar kisah berkenaan diceritakan kepadanya.

  • Seorang lelaki kongsi kisah sahabatnya yang mahu kahwin lain demi mencuba dapat anak perempuan selepas dikurniakan tiga anak lelaki.
  • Namun, si isteri pun minta kahwin lain untuk tujuan sama.
  • Reaksi itu membuatkan si suami terus batal niat untuk berpoligami.
  • Netizen terhibur, ada yang puji keberanian isteri dan sifatkannya sebagai jawapan ‘padu’.
  • Ramai juga ingatkan bahawa jantina anak sebenarnya ditentukan oleh sperma lelaki, bukan alasan untuk berkahwin lain.

Kisah itu kemudiannya mengundang reaksi ramai netizen yang kebanyakannya memuji keberanian si isteri, manakala tidak kurang juga yang menganggap si suami tidak mempelajari ilmu sains.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Cuba nasihat kawan tu. Masa kelas Sains kawan tak fokus ke? Jantina anak ditentukan oleh sperma lelaki. Selalunya kes begini alasan je nak kahwin lain. 

"Dulu ponteng kelas Sains ke macam mana? Banyakkan makan daging kalau nak anak perempuan, bukan kahwin lain.

"Tu la. Time belajar Sains dulu tidur. Anak perempuan (XX) dan lelaki (XY) ditentukan oleh sperma lelaki," katanya.

 

Artikel Lain