suria

Isteri panggil suami 'babi' sebelum prosiding cerai, sengaja lewat maklum tarikh perbicaraan nak susahkan urusan

Tiada tolak ansur menjadi faktor ikatan perkahwinan terlerai. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki terkilan apabila isterinya memanggilnya 'babi' ketika memaklumkan tentang tarikh perbicaraan penceraian mereka di mahkamah.

Lebih mengecewakan, isterinya hanya memaklumkan mengenai tarikh perbicaraan kes sehari sebelum ia berlangsung.

Tindakannya itu sekali gus menyukarkan lelaki tersebut untuk membuat persediaan, termasuklah urusan cuti kerja yang memerlukan surat rasmi daripada mahkamah.

Perselisihan faham menjadi punca suami isteri bercerai. -Gambar hiasanPerselisihan faham yang kerap boleh menjadi punca suami isteri bercerai. -Gambar hiasan

"Saya dan isteri sudah duduk berasingan. Bila dipanggil ke mahkamah saya hanya dapat info daripada isteri untuk kes perbicaraan. 

"Tapi masalahnya isteri maklum sehari sebelum tarikh perbicaraan. Saya bekerja, mesti perlukan surat rasmi dari mahkamah untuk perbicaraan, surat itu perlu untuk permohonan cuti," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah berhenti merokok, tapi mulut 'melekat' dengan vape... Wanita baru bersalin mahu cerai, risau kesihatan bayi

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai lepas 15 tahun kahwin, pemuda masih belek foto bekas bini... Isteri baharu makan hati, rasa diri sekadar pengganti

Menurutnya, kes penceraian mereka kini berada di peringkat hakam kerana dia tidak pernah melafazkan talak, namun semua maklumat berkaitan prosiding hanya disampaikan melalui mesej daripada pihak wanita.

"Bila isteri mesej dia akan beritahu.. Oi babi esok ada sambung kes mahkamah, kau jangan tak datang. Kau tak datang kau memang babi la.

"Bila isteri pangil dengan pangilan 'babi' sedangkan status belum bercerai, apa yang perlu saya buat? Perlu ke saya memberitahu mahkamah isteri mengeluarkan perkataan sebegitu?" soalnya.

  • Seorang lelaki terkilan dipanggil 'babi' oleh isterinya ketika memaklumkan tentang tarikh perbicaraan penceraian.
  • Dakwanya, isteri hanya beritahu tarikh sehari sebelum kes berlangsung, menyukarkan urusan cuti kerja.
  • Kes mereka kini di peringkat hakam kerana dia tidak pernah lafaz talak.
  • Mesej kasar daripada isteri menjadi perhatian, antaranya berbunyi: “Oii babi esok ada sambung kes mahkamah…”.
  • Netizen menasihatinya agar membuat aduan rasmi di mahkamah syariah supaya urusan perbicaraan lebih teratur.

Kes tersebut mendapat perhatian warga maya yang bersimpati dengan situasi dan nasib lelaki berkenaan, selain menasihatinya supaya membuat aduan rasmi kepada pihak mahkamah syariah agar urusan perbicaraan lebih teratur dan profesional.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Pergi ke mahkamah, tunjuk kepada hakim kenapa tak datang. Awak jangan risau tiada apa-apa masalah. Telefon je mahkamah bila tak datang.

"Sama kes aku dulu. Surat makamah tak sampai tapi aku pergi bila tarikh bicara. Nanti boleh tanya hakim bila tarikh seterusnya, mudah untuk kita cuti," katanya.

 

Artikel Lain