BERKAHWIN dengan duda bererti seseorang itu perlu bersedia menerima kisah silam pasangan termasuk kenangan bersama arwah isteri.
Seorang wanita bagaimanapun meluahkan rasa sebak apabila terjumpa gambar arwah isteri suaminya yang masih tersimpan kemas dalam pemegang kad (card holder).
Jelas wanita itu, suaminya sebelum ini mengakui sudah tidak menyimpan sebarang gambar isterinya terdahulu namun penemuan tersebut membuatkan dia berasa dipermainkan.
Suami isteri perlu saling jujur dalam rumah tangga. -Gambar hiasan
"Jelas sekali mungkin dia belum benar-benar 'move on' dan hanya menggunakan saya untuk meneruskan hidup. Saya rasa makan hati sebab perkara ini dah berulang kali jadi.
"Sekarang saya tengah hamil anak kedua... saya tak tahu nak buat apa. Tapi saya rasa perasaan saya pun penting juga," luah wanita itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Cerai lepas 15 tahun kahwin, pemuda masih belek foto bekas bini... Isteri baharu makan hati, rasa diri sekadar pengganti
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis minta bantuan edit foto graduasi dengan arwah datuk, terbongkar kisah sedih selepas gambar siap disunting
Tambahnya lagi, dia beranggapan suaminya sepatutnya memberi masa dan ruang untuk diri sendiri sebelum mengambil keputusan berkahwin dengannya.
"Daripada berpura-pura dah 'move on', tapi bila sudah berkahwin asyik ingat arwah pun susah juga bang. Nak mula hidup baharu kena buat betul-betul.
"Dia elak untuk berbincang. Suami jadi dingin dan kasar dengan saya... itu buat saya makin rasa nak move on (undur diri)," katanya lagi.
- Wanita hamil terkilan selepas terjumpa gambar arwah isteri suaminya masih tersimpan dalam dompet.
- Suaminya sebelum ini mengakui tak simpan sebarang gambar arwah isteri, membuatkan dirinya rasa dipermainkan.
- Katanya, suami belum benar-benar 'move on' dan hanya menggunakannya untuk meneruskan hidup.
- Lebih perit apabila suami elak berbincang, bersikap dingin dan kasar hingga dia rasa mahu undur diri.
- Netizen nasihat wanita itu agar berterus terang, banyak berdoa dan beri masa untuk suami berubah.
Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warga maya yang bersimpati dengan nasibnya.
Seorang pengguna media sosial menitipkan nasihat agar ibu hamil itu tersebut berterus terang dengan suaminya.
Antara komen warga maya pada hantaran asal.
"Perasaan awak memang betul. Saya rasa awak kena cakap dari hati ke hati tentang apa yang awak rasa. Kena berkomunikasi.
"Kadang-kadang lelaki fikir isteri wajib hormat keputusan dia tanpa fikir apa kita sebenarnya rasa. Ingatkan dia semula kenapa dia pilih untuk berkahwin dengan awak.
"Doa banyak dan beri dia masa untuk sayang awak sepenuh hati. Akak doakan semoga semuanya baik-baik saja untuk awak dan suami," tulis seorang netizen.