suria

‘Menyirap’ tengok adik ipar ambil baju dalam almari tanpa izin, bebas masuk bilik kelamin sebab si abang benarkan

Campur tangan orang luar boleh mengundang perselisihan faham antara suami isteri. -Gambar hiasan

MUNGKIN bagi sesetengah individu, hubungan akrab dengan adik-beradik atau ipar membuatkan mereka tidak berkira sama ada dari segi wang mahupun barang.

Namun hubungan kekeluargaan bukanlah alasan untuk seseorang itu mengambil kesempatan sehingga tidak mempunyai 'common sense' terhadap hak orang lain.

Menerusi satu perkongsian di laman Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap adik iparnya yang meminjam baju tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu.  

Suami isteri perlu berkomunikasi setiap kali timbul perselisihan faham untuk mencari penyelesaian. -Gambar hiasan 

"Apa pandangan korang, bila nampak adik ipar perempuan masuk dalam bilik sebab nak pinjam baju korang? Dia masuk bilik tu suami yang izinkan.

"Saya tak ada dekat rumah, kerja. Nampak dekat CCTV, dia bawa keluar baju saya. Kemudian tak lama tu dia pakai baju saya tanpa minta kebenaran, tak ada tanya atau WhatsApp.

"Saya dengar suami cakap pakai je. Tapi tu baju saya. Bukan ke patutnya tanya saya dulu walaupun abang dia bagi izin pakai?" tulisnya dalam hantaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita doa adik ipar perempuan segera pindah, tak tahan tinggal serumah! Rasa terbeban kena masak, jaga makan minum

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki menyesal berjiran dengan adik-beradik, akhirnya jual rumah gara-gara kakak ipar toksik! Kasihan isteri selalu disindir

Menurut wanita itu, dia bukan seorang yang kedekut atau berkira namun tindakan sedemikian baginya seolah-olah tidak menghormati dirinya selaku pemilik.  

"Rasa macam darah dah naik dekat kepala bila nampak dia pakai baju kita tadi tapi tak ada minta izin pun.

"Saya tak kisah nak pinjam, boleh... tapi minta izinlah dulu walaupun saya akan cakap tak apa, pakai je. Aku macam (terdetik), tak ada common sense ke?" tulisnya lagi. 

  • Seorang wanita kecewa apabila adik iparnya pinjam baju tanpa minta izin terlebih dahulu.

  • Kejadian berlaku ketika wanita itu tiada di rumah dan hanya menyedarinya melalui rakaman CCTV.

  • Suaminya sendiri membenarkan adik perempuannya pakai baju itu tanpa merujuk kepadanya sebagai pemilik

  • Walaupun tidak berkira namun baginya adik ipar perlu beradab.

  • Netizen sarankan wanita itu bersuara dan suaminya juga perlu lebih tegas.

Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap suami kerana tidak bertindak tegas, bukan sahaja melibatkan isu pakaiannya tetapi membiarkan bilik tidur mereka dimasuki sesuka hati. 

"Saya nak tegur tapi duduk serumah. Saya tak selesa nanti rasa 'awkward'. Tapi tak ditegur, dia rasa tak kisah pula. Suami pula tak mainkan peranan," luahnya. 

Perkongsiannya mengundang perhatian netizen dengan rata-ratanya menyarankan supaya wanita tersebut bersuara untuk mengelakkan dia terus makan hati.

Antara pandangan dan komen yang dilontarkan netizen. 

"Suami sis yang tak respect sis dekat sini sebenarnya. Adik tu masuk sebab abangnya kata okay.

"Gaduh je sis dengan laki you. You jangan pendam-pendam.

"Beli almari khas yang berkunci," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain