SETIAP anak pasti mahu memberikan yang terbaik dalam usaha untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.
Namun, kisah wanita ini mengundang sebak apabila dia berkongsi mengenai pertengkaran dengan ibunya gara-gara pinjaman bank.
Menerusi satu perkongsian, wanita itu berkata dia menolak permintaan ibunya yang mahu dia membuat pinjaman berjumlah RM120,000 bagi membeli tanah untuk berkebun.
"Saya baru lepas bergaduh dengan ibu sendiri. Menangis sampai sakit kepala. Bila bagitahu saya tak nak buat pinjaman, dia cakap kenapa saya tak setuju?
Berhutang dengan mana-mana agensi atau bank memerlukan pertimbangan sebaik mungkin. -Gambar hiasan AI
"Dia cakap nak bayar bulan-bulan nanti lepas dah pencen. Tahun 2036 dia akan bayar lumpsum (bayaran penuh) loan tu.
"Jadi saya kena tunggu sampai umur 35 tahun baru selesai hutang pinjaman tu ye," ujarnya dalam perkongsian di Threads.
Namun, wanita itu tetap bimbang kerana khuatir pinjaman itu akan menjejaskan peluangnya untuk membeli rumah atau kereta pada masa depan.
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis anak sulung nak lari rumah, sakit mental layan mak ayah pemboros... Ugut ‘tak cium bau syurga’ jika enggan buat ‘loan’ bank
ARTIKEL BERKAITAN: Ayah ‘meratib’ tak mahu mati di rumah sewa, mak pula suruh buat ‘loan’ beli perabot... Gadis umur 23 kini tanggung hutang RM1 juta!
Malah dia juga meluahkan rasa terkilan kerana ibunya seolah-olah tidak mengambil kira kebimbangannya malah dituduh sebagai anak tidak mengenang jasa.
"Mak saya cakap pinjaman rumah dengan kereta lain pengiraannya. Kalau rumah pula saya boleh buat di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam.
"Senang je dia cakap macam tu ye. Saya terkilan sebab ibu tak fikir saya boleh survive ke pinjaman tu. Boleh dia cakap saya sebagai anak kena balas jasa mak ayah.
- Wanita sebak bergaduh dengan ibu gara-gara isu pinjaman RM120,000 untuk beli tanah.
- Ibu janji akan bayar ansuran bulanan dan lunaskan baki penuh pada tahun 2036.
- Anak risau hutang besar jejaskan peluang beli rumah atau kereta pada masa depan.
- Hasrat untuk berdikari dituduh terpesong, malah disindir jadi anak derhaka.
- Netizen ramai sokong tindakan wanita ini dan nasihatkan dia utamakan masa depan sendiri.
"Habis tu selama ni saya tak ada langsung ke pengorbanan dan jasa dalam famili? Saya tunggul ke duduk je dalam rumah tak buat apa," luahnya lagi.
Wanita itu berkata, dia pernah meluahkan hasrat untuk berdikari, tanggung diri sendiri dan tinggal di luar namun kata-kata itu terus disalah erti.
Malah ibunya menuduh niatnya sudah terpesong kerana mahu berjauhan daripada keluarga dan mencari kebebasan bagi mengelakkan sebarang bebanan.
"Ibu nak tunggu saya mati dalam rumah sendiri ke? Akhirnya ibu cakap kalau tak nak tolong dan berbakti pada mak ayah sekarang, bila masa nak berbakti?
Komen warga maya.
"Sudah tua baru nak berbakti? Dia cakap kalau nak keluar dari rumah ni, keluarlah. Dia tak peduli dah, biar saya jadi anak derhaka," ceritanya lagi.
Dalam hantaran dibuat, rata-rata netizen menyokong tindakan wanita ini yang enggan buat pinjaman dan mahu keluar daripada rumah tersebut.
"Jangan awak. Kadang-kadang orang tua ni bukan sentiasa betul, awak mesti faham. Awak tak derhaka pun.
"Biar je dia marah. Kalau dapat keluar rumah tu, pergi je. Hujung minggu lawatlah mak ayah," komen seorang netizen memberi cadangan.