suria

Isteri rindu suami kurus, 'fit'... Mengadu tak selesa ketika 'bersama' - "Perut dia saja hempap badan aku"

Penampilan kurang menarik suami boleh memberi kesan pada pasangan. -Gambar hiasan AI

APABILA bercakap soal penampilan pasangan, ada isteri yang mengimpikan suaminya kembali cergas dan bergaya seperti zaman perkenalan atau percintaan dahulu.

Begitu juga dengan wanita ini yang mengaku kurang selesa dengan badan suami yang semakin berisi selepas berkahwin.

Katanya, perubahan fizikal itu bukan sekadar menjejaskan penampilan, malah turut memberi kesan terhadap kehidupan harian mereka sebagai suami isteri.

Setiap individu mempunyai cita rasa sendiri dalam memilih pasangan. -Gambar hiasan

"Perut yang boroi tu, kempiskan balik. Sebab bila 'bersama', perut dia saja hempap badan aku, berat!

"Lepas tu kalau dia pakai seluar dalam pun, bagi aku tak kelihatan seksi sebab nampak perut dia saja ke depan," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia sebelum ini pernah membuat teguran secara berseloroh supaya suaminya sedar dan lebih menjaga kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gempal damba nafkah batin, rindu dibelai! Dah cuba pikat, pakai 'perfume' pun suami tak bernafsu- "Peluk kena marah"

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka tak setaraf dengan aku!” - Wanita gempal bongkar sikap lelaki ‘tak cukup inci’, bijak manipulasi bentuk fizikal pasangan

Namun usahanya tidak berhasil apabila suami hanya bersikap acuh tak acuh dan menganggap kata-kata isterinya sekadar gurauan.

"Aku saja je cakap dia macam dugong terdampar dan banyak kali suruh dia jaga badan. Tapi masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Kemudian suami cakap tak baik kutuk dia. Ye la, aku kutuk depan-depan dengan niat dia jaga badan," keluh si isteri.

  • Seorang isteri kurang selesa suaminya semakin berisi sehingga terkesan ketika 'bersama'.
  • Dia tegur cara berseloroh dengan panggil suami 'dugong terdampar' tapi dianggap usikan.
  • Teguran dibuat dengan niat agar suaminya menjaga kesihatan, bukan untuk merendahkan.
  • Usaha ajak suami bersenam bersama tak berjaya.
  • Netizen saran buat aktiviti riadah, sediakan makanan sihat dan ubah gaya hidup.

Luahan tersebut turut mendapat perhatian netizen yang memberikan pelbagai cadangan dalam usahanya membantu suami menurunkan berat badan.

Difahamkan, wanita tersebut sebenarnya sudah beberapa kali cuba mengajak suaminya bersenam bersama, namun ajakan itu ditolak.

"Daripada cakap macam tu, apa kata ajak suami briskwalk tapi cakap la jalan-jalan dekat taman atau apa-apa aktiviti sukan yang dia suka.

Antara komen netizen.

"Buat je pelbagai makanan sihat dekat rumah. Bila dia rasa berat dah turun, badan ringan nanti dia akan rasa kena 'fit' badan dengan senaman dan bersenam. Awak masak sedap sebab tu dia boroi.

"Geramnya! Kalau macam ni memang tak boleh nak tolong awak. Hanya diri sendiri je boleh tolong. Kita dah cuba tolong tapi kalau dia banyak alasan memang susah nak bantu," komen beberapa netizen.

Artikel Lain