PENGALAMAN keluar 'dating' seorang jejaka bertukar menjadi satu beban apabila kekasih hati membawa bersama ibu dan adiknya.
Menurut perkongsian lelaki itu di laman Threads, dia cuba memahami kewajaran tindakan wanita itu membawa ahli keluarga walaupun pada awalnya menyangka akan keluar berdua.
Tetapi situasi menjadi lebih parah apabila dia perlu menanggung kos makan malam keluarga wanita berkenaan sehingga mencecah angka ratusan ringgit.
Sesetengah lelaki masih tidak mempunyai kewangan kukuh walau sudah berkerjaya. -Gambar hiasan AI
"Dia (teman wanita) ajak 'dating' tapi dia bawa satu famili termasuk mak sekali dengan adik. Ye saya faham kalau nak elak dosa.
"Tapi kalau dah minta makan satu pinggan pun RM50, mana aku nak cekau duit. Faham la sama yang aku ni bukan anak orang kaya.
"Akhirnya, habis duit aku RM300 untuk satu malam," luah lelaki berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dengar cerita dah jadi janda” - Pemuda puas hati dapat tahu nasib bekas GF tak bersyukur, anggap kifarah dosa silam
ARTIKEL BERKAITAN: Semangat nak ‘dating’, wanita bersiap sejam awal! BF terkejut nampak GF tercegat tepi jalan... Netizen puji pasangan tepati masa
Tambahnya lagi, keadaan bertambah rumit apabila wanita tersebut turut mengajaknya pergi membeli-belah dan meminta dia menanggung semua perbelanjaan.
Katanya, dia betul-betul tidak menyangka dalam kelembutan gadis itu dia tergamak membebankan orang lain demi kehendak sendiri dan ahli keluarga.
"Sudah la ajak aku shopping, kena belanja mak dengan adik dia lagi.
"Dia biasa je (bukan kaki kikis). Tapi sebab nampak lemah lembut. Satu famili (kena belanja) masalahnya.
- Seorang lelaki tak sangka kekasih bawa ibu dan adik ketika keluar 'dating'.
- Dia faham tindakan itu mungkin kerana mahu elak berlakunya maksiat.
- Tapi dia rasa terbeban kena keluarkan wang untuk belanja mereka makan dan beli barang lain.
- Kekasih seorang gadis lembut, bukan kaki kikis menyebabkan dia 'cair'
"Tak kan la kita nak cakap pula maaf makcik, saya tak ada duit," kata lelaki itu lagi menceritakan pengalamannya.
Luahan hati lelaki itu mendapat perhatian ramai selepas dikongsikan di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyelar tindakan wanita berkenaan serta keluarganya yang dianggap tidak beradab.
Komen netizen pada hantaran asal.
"Salah satu adab bila orang belanja ialah orang yang dibelanja mestilah pilih harga lebih murah daripada orang yang membelanja.
"Walaupun saya (bercakap) sebagai perempuan... lebih baik awak tinggalkan. Nanti tak pasal-pasal jadi 'banker' dia dan keluarga pula.
"Wah tanpa segan silu. Kalau ye pun nak bawa famili teman, bayarlah sendiri. Teman shopping lagi. Macam kena 'paw' je," komen beberapa netizen.