suria

Lima tahun kahwin, isteri kecewa suami tak pernah 'post' anak isteri di media sosial, jauh sekali nak belikan hadiah

Ada suami gemar melihat gambar perempuan seksi di media sosial. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa sebak dan kecewa apabila mendakwa kehidupannya selepas lima tahun mendirikan rumah tangga tidak pernah disulami dengan penghargaan atau perhatian daripada suami.

Menurutnya, dia sering tertanya-tanya sama ada normal bagi seorang suami yang langsung tidak pernah berkongsi tentang isteri atau anak-anak di laman sosial.

Sebaliknya, dia mendakwa suaminya boleh berkongsi perkara lain yang tiada kaitan dengan keluarga di platform itu.

Sikap suami yang tidak ambil berat mengecewakan isteri. -Gambar hiasanSikap suami yang tidak ambil berat mengecewakan isteri. -Gambar hiasan

“Normal ke seorang suami tak pernah post pasal bini anak dia kat media sosial, alasan tak tahu nak caption apa?

"Tapi benda lain boleh pula dia post," luahnya di sebuah kumpulan komuniti di Facebook. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami lagak bujang, suka komen foto wanita cantik di media sosial... Makin ‘ligat’ lepas bergaji besar

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kecil hati suami buat muka serius kalau bergambar, foto dengan rakan perempuan murah senyuman pula

Wanita itu turut mendakwa sepanjang perkahwinan, suaminya tidak pernah sekalipun membelikan hadiah atau barangan peribadi, walaupun sehelai tudung.

“Normal ke seorang suami tak pernah beli apa-apa untuk isteri dia walaupun sehelai baju, tudung dan sebagainya? 

"Kadang-kadang cemburu tengok suami orang yang sambut birthday bagi itu ini, post macam-macam pasal isteri. Aku lima tahun menikah tak pernah lagi rasa semua tu,” katanya.

Dia mengakui ingin dihargai dengan pemberian ikhlas daripada suami, namun setiap kali bertanya atau meminta sesuatu, jawapan yang diterima hanyalah 'tiada duit'.

  • Seorang wanita kecewa selepas lima tahun berkahwin tidak pernah dihargai suaminya.
  • Suaminya tak pernah muat naik gambar isteri atau anak-anak di media sosial, stapi rajin kongsi hal lain.
  • Wanita itu juga tak pernah terima hadiah, walau sehelai tudung, sepanjang berkahwin.
  • Dia terpaksa tanggung keperluan sendiri kerana suami sering beri alasan tiada duit.
  • Netizen tegaskan isu sebenar adalah kewajipan nafkah, bukan hantaran di media sosial.

“Aku bukan tak bersyukur tapi aku teringin nak rasa semua tu dari duit dia. Kalau aku tanya mesti tak ada duit… ke sebab aku bekerja dia tak ingin nak labur duit ke aku? katanya.

Lebih mengecewakan, wanita itu berkata suaminya melarang dirinya berpakaian tidak menutup aurat, tetapi pada masa sama dilihat kerap meninggalkan tanda suka pada gambar wanita lain di Facebook.

“Tak nak aku free hair, tak nak aku pakai baju ketat… tapi kat FB tengok perempuan sebegitu,” katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Wanita itu juga menyifatkan dirinya terpaksa berdikari dalam banyak hal, termasuk membeli keperluan asas sendiri.

“Aku nak makan, nak beli apa-apa semua aku usaha sendiri. Kalau aku minta duit dia, mesti selalu cakap tak ada modal. Ke memang dah nasib dapat suami macam ni," katanya.

Perkongsian itu mendapat reaksi netizen yang mendakwa suami wanita itu tidak normal terutama sekali berkaitan nafkah kepada keluarga.

"Tak post gambar anak isteri tu normal je. Tapi tak cukupkan nafkah wajib tu tak normal.

"Kena minta, kadang isteri ni sebab dia bekerja jadi tak beritahu suami nafkah wajib. Jadi suami terbiasa.

"Isteri kena minta dekat suami nafkah, didoakan dia berubah," katanya

 

Artikel Lain