suria

Umur 70 tahun masih toksik, nak kongkong semua perkara... Anak nekad pindah dari rumah ibu, mahu jaga mental isteri

Lelaki menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri selepas berkahwin. -Gambar hiasan AI

SEORANG lelaki berkongsi pengalaman rumah tangganya yang berdepan cabaran gara-gara sikap ibunya sendiri yang dianggap toksik.

Menurut lelaki itu, dia sudah terbiasa dengan sikap ibunya yang suka mengongkong tetapi menyangka keadaan akan berubah selepas mendirikan rumah tangga.

Namun, jangkaannya meleset apabila isteri mula terkesan hanya selepas seminggu tinggal sebumbung bersama ibu mentua.

Suami isteri perlu ada persefahaman untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. -Gambar hiasan AI

"Aku akui toxic parents tu memang ada sebab ibu sendiri toksik dengan isteri aku. Semua benda tak kena.

"Tapi aku ingat dia akan berubah lepas aku nikah. Tapi sama je teruk perangai. Aku bawa balik isteri tak sampai seminggu.

"Isteri aku dah kena tempias. Jadi jalan penyelesaian terakhir adalah bawa bini aku keluar tinggal asing," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina kediaman flat baru dibeli, menantu beranikan diri ‘menjawab’ sampai mentua terdiam - “Macam rumah hantu”

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua tinggal sebumbung tuduh menantu perempuan tak solat, banyak soal tentang agama - "Anak sendiri pun tak betul"

Lelaki ini berkata, niat asalnya mahu tinggal sebumbung dengan ibu kerana tidak sampai hati meninggalkan warga emas itu yang kini sudah berusia 70 tahun dan tidak mempunyai sesiapa.

Bagaimanapun, dia juga sedar mengenai tanggungjawab sebagai suami yang mana kebajikan dan kesihatan mental isteri juga perlu dijaga.

"Orang luar nampak macam aku tinggalkan ibu lepas aku berkahwin tapi hakikatnya kami sendiri dan tuhan saja tahu.

  • Lelaki dedah ibunya yang berusia 70 tahun bersikap toksik terhadap menantu sejak awal perkahwinan.
  • Isteri mula rasa tertekan hanya selepas seminggu tinggal sebumbung dengan ibu mentua.
  • Jalan penyelesaian terakhir, dia bawa isteri tinggal berasingan demi jaga kesihatan mental.
  • Dia tetap tanggung makan, minum dan bil ibunya seperti biasa walau tinggal berasingan.
  • Netizen puji tindakannya utamakan kesejahteraan isteri tanpa abai tanggungjawab terhadap ibu.

"Niat nak tinggal sekali lepas kahwin sebab kasihankan ibu yang dah tak ada sesiapa. Bab makan, minum dan segala bila saya tak lupa.

"Ibu saya memang jenis tak 'cover' dah. Langsung tak bagi muka dekat menantu dia sedangkan orang baru masuk (rumah) tak sempat biasakan diri lagi," ujarnya.

Bagaimanapun, lelaki ini tidak mengulas lanjut mengenai apa yang berlaku dalam rumah ibunya sehingga dia mahu berpindah.

Antara komen netizen pada hantaran asal.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji tindakannya yang mengutamakan kesejahteraan isteri tanpa mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu.

"Moga ramai lelaki macam abang ni 'membiak'.

"Tapi kan, memang lelaki kena bawa bini duduk asing pun bang.

"Sepatutnya orang yang dah kahwin memang patut bina keluarga sendiri, bukan duduk satu bumbung lagi dengan ibu bapa," antara komen netizen.

Artikel Lain