KATA-kata sindiran seorang jururawat ketika melihat seorang lelaki melakukan proses menimbang bayi membuatkan hati isterinya terguris.
Menurut wanita itu, suaminya sedang membuka baju bayi mereka untuk menimbang berat badan apabila jururawat terbabit tiba-tiba bertanya tentang keberadaan dirinya.
Jururawat berkenaan kemudian menambah dengan nada sinis kononnya si suami membiarkan dirinya 'dibuli' kerana menguruskan anak yang sedang meragam.
Urusan menguruskan anak biasanya dibuat oleh golongan ibu. Gambar hiasan AI
"Oh dia (isteri) buli suami dia ya. Tergolek-golek budak ini. Nurse tu boleh kata saya buli suami? Padahal itu dah memang tanggungjawab dia sebagai ayah.
"Saya rasa nak mencarut je dekat nurse tu. Saya pula jenis tak kisah anak tergolek ke apa, yang penting suami jalankan tanggungjawab sebagai ayah
"Apa guna bagi gelaran ayah kalau tak bagi suami uruskan anak? Dia boleh kata buli suami. Patutlah ramai lelaki bergelar suami dekat luar sana tak ada tanggungjawab," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat KK mulut lancang, sindir bapa bawa bayi 8 bulan buat pemeriksaan kesihatan - “Dik, mak awak dah tak sayang awak”
ARTIKEL BERKAITAN: Rezeki jururawat wad bersalin... Suami influencer gembira timang 'baby', setiap seorang dapat hadiah loket emas
Wanita itu juga menegaskan bahawa para isteri perlu memberi ruang kepada suami untuk menguruskan anak tanpa perlu mengkritik cara mereka.
"Kita sebagai isteri kalau nak suami jalankan tugas di rumah, mulut tu kena jaga. Jangan banyak sangat nak complaint itu ini dekat suami.
"Selagi tak ancam nyawa anak, biarkan je suami tu uruskan anak walau apa keadaan. Uruskan anak salah, tak uruskan lagi la salah.
- Jururawat sindir wanita kononnya dia 'buli' suami sebab biarkan lelaki itu urus anak ketika proses timbang.
- Wanita itu berpandangan suami tetap perlu diberi ruang jalankan tanggungjawab sebagai bapa walau nampak kelam-kabut.
- Wanita itu tegaskan isteri jangan terlalu banyak kritik, sebaliknya biar suami belajar urus anak selagi tak bahaya.
- Netizen rata-rata kecam jururawat terbabit yang dianggap biadab.
- Namun ada juga yang berpandangan ibu lebih sesuai uruskan anak di klinik demi menjaga aurat wanita lain.
"Cubalah jadi perempuan tu jangan complicated (rumit) sangat. Macam terpaling sempurna pula," katanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap jururawat terbabit.
Namun, ada sesetengah netizen yang melihat situasi itu dari sudut berbeza dengan mengaitkan aurat wanita di klinik.
Komen netizen pada hantaran berkenaan.
"Serius cakap dengan jururawat biadab macam tu kena menjawab. Dia akan diam. Kau diam lagi galak dia dengan mulut puaka tu. Kalau saya memang jawab kuat-kuat biar dia malu.
"Misi kat tempat saya lagi suka ayah-ayah yang buat. Kalau datang memang ayah yang tolong buka baju baby nak timbang, pakaikan balik baju, pegang baby, jaga ibu. Suka dengar macam tu.
"Kadang dekat klinik tu ramai perempuan nak cucuk kena selak sana sini. Nak check perut kena selak jadi demi jaga aurat ibu-ibu lain, memang seeloknya ibu yang uruskan," komen beberapa netizen.