suria

Rakan 'try hard' nak nampak kaya, kerap tukar iPhone guna biasiswa tapi sibuk kritik orang lain beli air mineral mahal

Telefon pintar kini menjadi satu keperluan bagi pelajar. -Gambar hiasan

CARA seseorang berbelanja berbeza dengan individu lain dengan ada yang sanggup berhabis demi kepuasan dan ada juga yang suka bberjimat.

Perbandingan itu menjadi topik perbualan di media sosial apabila seorang pengguna berkongsi kisah tentang rakannya ketika sama-sama menuntut di universiti yang tidak dinyatakan lokasi.

Dakwa individu tersebut, rakannya itu bukan datang daripada keluarga berada, namun tetap berusaha kelihatan mewah menggunakan duit biasiswa tajaan pendidikan yang diterima.

Pelajar yang menerima biasiswa perlu menggunakan duit secara berhemah. -Gambar hiasan

"Teringat kawan saya ni dulu. Dia tak kaya tapi bersungguh-sungguh untuk nampak berduit. Masa belajar, bila duit JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) masuk, terus tukar iPhone terbaharu.

"Jelas sekali, kita tahu mana datang duit dia tu," ceritanya mengenai rakan tersebut.

Menurut individu itu, cara rakannya itu berbelanja jelas berbeza dengan dirinya yang mana dia akan memilih untuk membeli sesuatu mengikut keperluan dan sangat menghargai setiap pembelian walaupun kecil.

Sebagai contoh, dia gemar membeli air mineral jenama Evian yang umum mengetahui mahal harganya kerana merasakan ia lebih menyegarkan berbanding air mineral jenama lain. 

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dibunuh lepas mengamuk kekasih berstatus suami orang beri duit tak cukup untuk beli iPhone

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menabung akhirnya dapat beli iPhone 12 Pro Max... Usaha kanak-kanak ini tolong ibu berniaga berbaloi!

Namun apabila rakan yang sama mencuba air tersebut, dia terus memberikan pendapatnya secara jujur mengenai rasa minuman tersebut.

"Saya beli barang-barang sebab keperluan dan sebab saya memang hargai semuanya. Contoh mudah, saya selalu beli Evian sebab rasa 'refreshing' (menyegarkan).

"Kawan pernah cuba sekali, kemudian dia cakap tak rasa apa-apa pun, sama je. Kelakar kan?

"Sesetengah orang bekerja keras nak kelihatan 'mampu', tapi dia sibuk pertikai pilihan orang lain," ujarnya.

Hantaran dibuat wanita ini bagaimanapun mendapat perhatian apabila ramai yang kurang senang dengan pendapatnya.

  • Wanita kongsi kisah kawan sekuliah tukar iPhone baharu setiap kali duit biasiswa JPA masuk.
  • Rakannya bukan orang kaya, tapi gigih nak kelihatan mewah.
  • Sikap rakan sangat berbeza dengan dirinya yang mana dia suka bei air mineral jenama Evian yang mahal harganya.
  • Rakannya itu pernah cuba Evian, namun kritik tak ada beza dengan air lain.
  • Hantaran itu cetus perdebatan, ramai netizen kata pengadu terlalu cepat melabel pilihan orang.

Ada yang melihat ia sebagai sekadar pandangan peribadi, namun ramai juga menganggap wanita itu terlalu cepat menilai pilihan orang lain.

"Kenapa awak tak fikir dia sama macam awak yang beli barang sebab keperluan dan sebab betul-betul menghargai. Kenapa kalau dia yang beli, awak cakap dia cuba nak nampak kaya?

"Dia pun boleh tulis benda sama dekat media sosial ni contohnya tukar perkataan 'iPhone' tu jadi 'Evian'. Tapi cuma dia jenis buat hal sendiri," komen beberapa netizen.

Komen netizen di media sosial.

Susulan kecaman diterima, wanita itu tampil memberi penjelasan lanjut. 

Katanya, biasiswa sepatutnya digunakan untuk tujuan belajar sahaja dan bukannya mengikut trend membeli barangan mewah.

"Kepada mereka yang salah faham maksud saya, dapat biasiswa? Tolong guna untuk keperluan belajar, jangan ikut trend beli benda mahal.

"Kalau nak ikut gaya hidup orang lain sangat, jangan beli lepas tu kritik apa orang lain beli. Faham?" ujarnya.

Artikel Lain