suria

“Kenapa sayang tak cakap” - Isteri akhirnya ‘mengalah’ lepas 3 hari bakul baju dibiar tak terusik... Sedar suami gagal baca isi hati

Suami isteri perlu bekerjasama dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

PADA awal pernikahan, seorang wanita cuba 'menguji' suaminya dengan meletakkan bakul kain di tengah-tengah dapur.

Harapannya agar si suami faham maksud tersirat di sebalik tindakan tersebut iaitu membantunya mengangkat bakul tersebut ke dalam bilik pakaian.

Namun ternyata perbuatannya itu hanya sia-sia apabila bakul tersebut dibiarkan tidak berusik.

Suami perlu bantu menguruskan tugasan di rumah bagi meringankan beban kerja isteri. -Gambar hiasan

"Penyudahnya tiga hari tiga malam bakul kain tu dekat dapur. Apabila suarakan pada suami, tahu tak apa jawapan dia?

"La kenapa sayang tak cakap. Ingatkan memang nak letak dekat situ," jelasnya menceritakan apa yang berlaku.

Menurut wanita itu, selepas 11 tahun hidup bersama dia akhirnya faham tentang sikap lelaki iaitu mereka hanya perlu diberikan arahan atau permintaan yang jelas.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati isteri berbunga-bunga dapat ‘green light’ tak perlu masak setiap hari… Rupanya asbab suami BDR, nampak rutin suri rumah

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri risau suami kerja jauh selalu gersang, suka minta video intim... Wanita dah 11 tahun PJJ tampil beri solusi

Katanya, sikap suka mengharapkan kaum lelaki membaca fikiran wanita atau hal yang tersirat hanya akan mengeruhkan keadaan.

"Mereka (golongan suami) ni okey je sebenarnya (untuk bantu buat kerja rumah). Tolonglah kasihankan suami (nasihat kepada kaum isteri). Penat ya mereka nak kerja lagi, nak faham kau (isteri) lagi.

"Sekarang ni kalau nak keluar makan dia akan tanya, nak makan mana? Saya jawab terus je nak makan nasi dekat kedai tomyam.

  • Seorang isteri cuba uji suami dengan letak bakul kain di dapur, tapi dibiarkan tiga hari tanpa disentuh.
  • Suami selamba jawab ingatkan memang nak letak di situ, buat si isteri sedar lelaki ni sebenarnya mudah.
  • Selepas 11 tahun berkahwin, dia belajar untuk terus terang bagi arahan jelas agar pasangan lebih mudah faham.
  • Netizen terutama golongan isteri setuju, kata kalau harap suami faham sendiri memang tak jalan, kena cakap terus je.
  • Ada juga lelaki tampil beri pandangan, akui mereka perlukan arahan jelas bagi mengelakkan mereka yang disalahkan.

"Tahu tak dia jawab apa? Okey beres. Terima kasih sebab mudahkan kerja abang," imbas wanita itu.

Siapa sangka, wanita ini tidak bersendirian kerana ternyata ramai golongan isteri turut berkongsi pengalaman sama tentang suami mereka.

"Ya Allah, betul. Kadang mereka macam tak reti guna common sense dan berfikir sendiri. Tapi dekat tempat kerja, perform! Balik rumah automatik jadi budak lima tahun.

Isteri boleh mengalami tekanan emosi jika suami tidak berikan kerjasama menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan

"Betul sis, mula-mula kahwin saya harap suami faham sendiri. Setelah buat kajian, rupa-rupanya memang kena cakap terus terang dengan suami, tak boleh berkias. Tak boleh harap mereka faham perasaan kita," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, terdapat seorang lelaki berpendapat sebaliknya memandangkan dia berdepan situasi sama namun di marahi isteri sendiri.

"Dia macam ni sis, lelaki bukan boleh baca fikiran. Kalau bagi arahan, kena jelas. Minggu lepas je, dua kali kena arahan tak jelas.

"Lepas tu saya yang kena bebel. Tapi itu la, tetap salahkan lelaki," ujarnya membalas hantaran tersebut.

Artikel Lain