SUASANA tenang ketika meluangkan masa di kedai makan bersama isteri dan anak-anak bertukar menjadi kurang selesa apabila seorang lelaki mendakwa disindir pelanggan wanita yang sedikit berusia dari meja sebelah.
Menurut perkongsian lelaki terbabit di media sosial, kejadian bermula apabila dia terus menjamah makanan yang dihantar pelayan restoran sementara isterinya menjaga anak.
"Tiba-tiba pelanggan meja sebelah seolah-olah sindir dan cakap... kasihan orang perempuan. Dekat kedai makan pun kena tunggu laki makan dulu.
Suami isteri perlu bergilir-gilir untuk makan di luar demi menjaga anak. -Gambar hiasan AI
"Terus aku pandang isteri. Padahal makan dulu sebab aku jenis makan laju dan aku ambil giliran jaga baby lepas tu.
"Bini aku jenis menikmati makanan, jadi ambil masa yang lama untuk dia habiskan... aku tak kisah pun," ujar si suami menjelaskan apa yang berlaku.
Kata-kata berbaur sindiran itu ternyata memberi kesan terhadap lelaki berkenaan kerana dia bukanlah sejenis lelaki yang pentingkan diri.
ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tolak bakal menantu gaji RM3,000 sebulan, risau anak hidup susah lepas kahwin - “Tapi BF saya tak miskin, jaga solat”
ARTIKEL BERKAITAN: Upah RM550 sebulan, tapi pemalas! Ibu sedih anak bau masam tiap kali ambil dari rumah pengasuh - “Saya dah sediakan sabun, bedak”
Namun begitu, individu yang menegur itu berlalu pergi selepas selesai menikmati makanan tanpa melihat bagaimana dia menguruskan anak-anak.
"Apabila aku habis makan awal, aku la yang akan suapkan anak dan potong lauk untuk mereka makan. Jaga anak dan bawa basuh tangan.
"Aku biarkan isteri aku menikmati makanan, tak kacau masa dia makan. Itulah kami (buat) selama 11 tahun berumah tangga tapi orang tak nampak," jelasnya.
- Seorang lelaki disindir pelanggan wanita meja sebelah kerana makan dulu sementara isterinya belum menjamah makanan.
- Dia menjelaskan, itu memang rutin mereka kerana dia akan bergilir menjaga anak selepas selesai makan.
- Isterinya pula jenis makan perlahan, jadi dia mahu memberi ruang supaya dapat menikmati hidangan dengan tenang.
- Individu yang menegur terus beredar tanpa melihat bagaimana dia menguruskan anak-anak selepas itu.
- Netizen rata-rata bersetuju dengan penjelasan lelaki berkenaan dan ada yang berkongsi pengalaman sama.
Ruangan komen turut dihujani pandangan netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan penjelasan lelaki tersebut.
Malah, ada juga warga maya yang berkongsi cara mereka mengendalikan situasi sama ketika makan di luar.
"Dia nak suruh ikut cara dia la tu. Saya pun jenis makan perlahan, lagi-lagi kalau makanan berkuah. Kalau saya lapar, saya la makan masa ada anak kecil dulu.
Sebahagian komen netizen pada hantaran asal.
"Saya pun sarankan suami makan dulu sebab dia makan memang laju. Jadi lepas dia selesai makan, dia ambil alih anak pula. Saya boleh makan kenyang-kenyang.
"Eh dia pula yang tentukan urusan kita suami isteri. Kalau saya ada dekat situasi tu, saya akan tenung dia tak lepas (daripada pandangan)," komen beberapa netizen.