suria

Wanita hampir ‘cair’ dengan kata-kata manis pemandu e-hailing, siap mengaku bujang... Lepas ‘stalk’ Instagram kantoi laki orang!

Pemandu e-hailing sepatutnya menjalankan tugasan secara profesional. -Gambar hiasan

SIKAP mesra pemandu e-hailing membuatkan seorang wanita terbuka hati untuk berbual panjang ketika mengunakan perkhidmatannya.

Menerusi perkongsian di media sosial wanita itu berkata faktor umur yang dikatakan sebaya serta keserasiaan ketika berborak membuatkan dia rasa agak selesa.

Hinggakan wanita itu merasakan seperti pemandu berkenaan cuba untuk mengenalinya dengan lebih mendalam apabila dia ditanya tentang status perkahwinan.

Lelaki yang berstatus suami perlu tahu menjaga batas dengan wanita lain. -Gambar hiasan

"Mengucap panjang aku. Biasanya aku diam je naik e-hailing tau, tapi entah kenapa tadi rasa nak borak dengan brader driver ni.

"Sekali borak macam ngam pula. Dia macam bagi hint nak cuba (mengurat) aku, siap tanya aku dah kahwin ke belum.

"Aku pun tanya balik, dia kata belum kahwin. Masa nak drop-off (turunkan) aku, dia bagi kad nama suruh aku hubungi dia," cerita wanita itu di Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu e-hailing gertak wanita demi tip lebih! Buka cerita ‘kencang’ pernah belasah polis, cari penumpang beri ‘rating’ rendah

ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan naik e-hailing baru sedar bayar berganda, mujur ada seorang pemandu jujur - "Saya QR mereka senyap je"

Memandangkan keserasian mula terbina antara mereka, wanita itu mengakui dia menghantar mesej kepada lelaki berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Namun tanpa diduga ia membawa kepada penemuan yang mengejutkan tentang latar belakang lelaki tersebut.

"Balik rumah aku mesej dia dekat WhatsApp. Aku minta Instagram dia tapi tak nak bagi. Aku pun cari sendiri.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman menaiki e-hailing apabila pemandu didakwa cuba berkenalan dengannya.
  • Pada mulanya berbual biasa kerana sebaya, namun lelaki itu mula bertanya tentang status perkahwinan.
  • Pemandu tersebut mendakwa masih bujang dan sempat memberikan kad nama sebelum penumpang turun.
  • Wanita itu kemudian mencari sendiri akaun Instagram lelaki berkenaan dan 'kantoi' sudah pun berkahwin.
  • UAI menjelaskan lafaz 'saya bujang' hanya jatuh talak jika ada niat menceraikan isteri.

"Alangkah terkejutnya aku. Dekat Instagram dia nampak sweet sangat dengan bini dia. Ya, dia laki orang, done blocked!," tambah wanita itu lagi.

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet yang turut terkejut dengan kisah yang dilaluinya.

Rata-ratanya meluahkan rasa kesal dengan sikap lelaki berkenaan kerana tidak berlaku jujur lebih-lebih lagi membabitkan status perkahwinan.

"Dah kahwin teringin nak jadi bujang. Pelik betul aku.

Komen netizen pada hantaran tersebut.

"Aku kalau naik e-hailing memang akan cakap nak pergi dekat suami aku. Terus pemandu berhenti sembang.

"Unblock semula. Cakap baik kau pergi pejabat agama. Kau dah mengaku bujang. Silap-silap jatuh talak. Lepas tu baru block semula," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu menurut penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, kata-kata seperti 'saya bujang' atau 'saya belum kahwin' dianggap sebagai lafaz kinayah iaitu bukan lafaz jelas (sarih).

Katanya, talak hanya jatuh sekiranya si suami berniat untuk menceraikan isterinya ketika mengucapkan perkataan tersebut.

Artikel Lain