SEORANG wanita meluahkan rasa terkejut apabila diminta membayar RM150 selepas diajak mengikuti rombongan keluarga rakannya ke majlis pertunangan di sebuah negeri.
Menurutnya, dia pada awalnya menyangka kos perjalanan termasuk penginapan ditanggung oleh keluarga rakannya dan dia hanya sekadar menemani bagi memeriahkan majlis.
Namun, sebaik tiba di destinasi dia diminta berkongsi kos homestay yang disewa oleh keluarga rakannya itu.
Majlis bertunang jika dibuat secara berlebihan akan melibatkan kos yang tinggi. -Gambar hiasan
"Homestay tu duduk sekali dengan famili dia. RM150 tu dapat bilik kecil hanya muat katil single, logik ke? Memang kena minta duit ke?
"Atau dia yang tiada comman sense? Ni bukan soal berkira, nak tahu logik pendapat anda?," kongsinya di Threads.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin pening hadap saudara mara suka meminta-minta, tak ‘sponsor’ homestay kena perli di grup WhatsApp
ARTIKEL BERKAITAN: Busuk hati tak mahu pemilik homestay buat untung, penyewa pasang ‘aircond’ 24 jam walau tiada orang di rumah
Sementara itu, netizen berpandangan kebiasaannya individu yang menjemput perlu menanggung segala kos kecuali wanita itu yang menawarkan diri ke majlis tersebut.
- Seorang wanita hairan diminta bayar RM150 selepas diajak ikuti rombongan keluarga rakannya ke majlis pertunangan.
- Dia menyangka penginapan ditanggung keluarga rakannya, namun diminta berkongsi kos homestay.
- Wanita itu berkongsi kisahnya di Threads, mempersoalkan sama ada wajar atau tidak dikenakan bayaran tersebut.
- Netizen berbelah bahagi: ada yang kata patut bayar kerana menumpang, ada pula anggap tuan yang mengajak sepatutnya tanggung.
- Isu ini mencetus perbincangan mengenai adab dan logik berkongsi kos perjalanan apabila kawan diajak ikut serta.
"Tak pernah lagi ajak untuk sertai event, orang yang diajak kena bayar.
"Dia ajak tapi awak kena bayar, memang tak logik. Kalau budi bicara kita nak bayar sikit okay tapi bukan terlalu banyak, lagi-lagi dia yang ajak.
"Kalau dah tahu kena bayar dan tak mampu, saya rasa tak perlu la ikut," katanya.
Reaksi netizen
Selain itu, ada juga warga maya menasihati wanita itu tinggal di hotel atau homestay lain berbanding tinggal bersama keluarga rakannya.
"Cakap je awak nak duduk hotel. Alasan dia tak manis la dalam homestay tu ada semua famili dia tiba-tiba ada awak orang luar.
"Next time kalau tau nak kongsi, pergi cari homestay lain," katanya.