suria

Malam pertama hambar, suami tuduh isteri pernah terlanjur sebelum kahwin! - “Cuba tebus kesalahan tu, bagi servis terbaik”

Syak wasangka boleh mengakibatkan suami isteri bergaduh. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki meluahkan kegusaran pada malam pertama perkahwinan selepas mengesyaki isterinya sudah hilang dara gara-gara terlanjur.

Menurut pengadu, dia bernikah bukan sekadar untuk memenuhi nafsu, sebaliknya dengan niat menjaga pasangan, memberi kasih sayang serta membina keluarga bahagian bersama. 

Namun, sebaik mengesyaki status isterinya, dia berasa keliru dan tidak pasti bagaimana untuk bertindak.

Aktiviti lasak dikatakan boleh menyebabkan wanita hilang dara. -Gambar hiasa AIAktiviti lasak dikatakan boleh menyebabkan wanita hilang dara. -Gambar hiasan AI

"Minta nasihat dan sokongan... jika malam pertama kita dapat tahu yang dia (isteri) pernah terlanjur, apa kita perlu buat?

"Kita nikahi dia bukan setakat nak penuhi tuntutan nafsu, memang niat nak jaga, beri kasih sayang pada isteri, anak-anak.

"Tapi apabila dah jadi macam ni apa kita perlu buat? Takkan nak diam dan berlakon buat tak tahu je?," luahnya di satu kumpulan komuniti di Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia punca saya hilang dara!” - Wanita merana BF imej alim ‘rasmi’ dulu, menyesal terperdaya karakter solat tak tinggal

ARTIKEL BERKAITAN: Bulan madu jadi racun! Isteri ditinggalkan suami di Kinabalu, mujur ada malim gunung - “Aku demam dia kata manja”

Dia kemudian menambah di ruangan komen dengan menyatakan isterinya perlu ada rasa bersalah dengan kesilapan tersebut.

"Cubalah tebus kesalahan tu dengan berikan kasih sayang yang betul-betul terhadap suami.

"Orang kata bagi service yang terbaik sebagai seorang isteri sebab suaminya ni bukan lelaki yang cerewet, panas baran, kaki pukul. Tak bersyukur ke?," katanya.

  • Seorang lelaki meluahkan rasa keliru selepas mengetahui isterinya pernah terlanjur pada malam pertama perkahwinan.
  • Lelaki itu menegaskan niatnya bernikah adalah untuk menjaga pasangan, bukan sekadar memenuhi nafsu.
  • Dia meminta nasihat komuniti Facebook tentang langkah yang patut diambil.
  • Netizen pula mempersoalkan bagaimana lelaki tersebut mengetahui status isterinya, malah ada yang membela wanita itu.
  • Ada juga yang menjelaskan bahawa kehilangan dara bukan semestinya akibat terlanjur, tetapi boleh berpunca daripada aktiviti lasak atau sukan.

Perkongsian itu bagaimanapun menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen yang tidak dijawab lelaki berkenaan.

Antaranya mereka mempersoalkan bagaimana lelaki itu mengetahui status isterinya sudah hilang dara.

Malah ada juga dalam kalangan warga maya memaklumkan seseorang wanita yang aktif bersukan boleh mengalami masalah kehilangan dara.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Macam mana kau boleh tahu dara ke tak? Mesti kau pun pernah buat (melakukan hubungan intim sebelum nikah) kan?

"Dapat tahu bagaimana? Dia beritahu sebelum bersama atau sendiri tahu semasa bersama?

"Lapisan dara sangatlah nipis, senipis kulit bawang. Tak semestinya sebab terlanjur. Kadang aktif sukan pun boleh hilang dara.

"Benda tu boleh juga hilang kerana aktiviti lasak. Ada yang nipis jadi mudah koyak, tapi ada yang agak tebal," katanya.

Artikel Lain