suria

Pagi-pagi dah 'belanja' lekuk! Geng ibu disaran pakai sopan, jaga air muka anak di sekolah... Ramai kena ejek di kelas

Cara ibu bapa berpakaian menjadi bahan ejekan rakan anak-anak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita yang sudah mempunyai zuriat menitipkan pesanan buat golongan ibu lain agar lebih menjaga penampilan ketika menghantar dan mengambil anak di sekolah.

Katanya, ada kelompok ibu yang terlalu selesa hadir ke sekolah dengan pakaian yang tidak bersesuaian hingga jelas menampakkan bentuk tubuh.

Jelasnya, perkara sedemikian amat memalukan kerana mereka juga akan dipandang oleh golongan lelaki termasuklah bapa pelajar lain, guru dan pekerja am di sekolah.

Kanak-kanak mudah malu apabila diejek. -Gambar hiasanKanak-kanak mudah malu apabila diejek. -Gambar hiasan

“Saya cuma nak pesan, tolong jaga air muka anak kita. Jangan sampai mereka malu dengan cara berpakaian ibu sendiri. 

"Jangan pakai legging or seluar untuk pilates tu semua. Nampak lekuk 'ehem-ehem' di depan tu.

"Ada yang sampai depan pagar sekolah, peluk cium anak lama-lama dalam keadaan pakaian tak sesuai, tertonggeng pula sampai nampak bentuk punggung,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berbaju kelawar, tak pakai bra... Rupanya ramai sakit mata, naik segan tengok pakaian ibu hantar anak ke sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Malu ayah pandu kereta buruk, anak suruh berhenti jauh dari sekolah... Tak boleh lupa kejadian ketika hujan lebat

Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja mengundang perhatian bapa dan guru lelaki, malah turut diperhatikan oleh pelajar lelaki yang lalu-lalang di hadapan sekolah.

  • Seorang ibu menegur wanita lain agar lebih sopan berpakaian ketika hantar anak ke sekolah.
  • 'Legging' dan seluar ketat dikatakan mengundang malu pada anak.
  • Guru kongsi kisah murid pendiam bergaduh kerana ibunya jadi bahan ejekan rakan-rakan.
  • Dia rayu pakai sopan, demi jaga maruah anak.
  • Isu ini cetus perdebatan, ramai setuju bahawa anak-anak sering jadi mangsa akibat penampilan ibu bapa.

Perkongsian itu kemudian menarik perhatian seorang guru yang menceritakan tentang seorang muridnya yang pendiam tetapi tiba-tiba bergaduh dengan rakan sekelas.

Apabila ditanya, murid itu menjelaskan dia marah kerana sering diejek tentang cara ibunya berpakaian.

Reaksi netizenReaksi netizen

“Maknya 'freehair', pakai legging dan baju baby tee. Memang saya pernah nampak dia hantar anaknya begitu.

"Akhirnya jadi bahan ejekan rakan-rakan, dan anak itu pula yang menanggung rasa malu.

"Tak kisahlah freehair atau tak, pakailah sopan. Kesian dekat anak. Dah jadi bualan di sekolah," katanya.

 

Artikel Lain