suria

13 tahun berkhidmat, guru hilang sabar hadap 3 pelajar perangai paling teruk- "Tiada hukuman berkesan"

Murid yang nakal boleh mengganggu suasana pembelajaran dalam kelas. -Gambar hiasan AI

KERJAYA guru pada masa kini semakin mencabar apabila mereka perlu berdepan dengan murid yang kurang beradab, keras kepala serta enggan menerima teguran.

Di Threads, seorang guru mencuri perhatian ramai apabila menyifatkan tahun 2025 sebagai detik paling buruk sepanjang 13 tahun perkhidmatannya sebagai pendidik.

Menurut guru itu, kesabarannya tercabar dengan kehadiran tiga pelajar lelaki yang bukan sahaja degil, malah sering mengganggu ketenteraman bilik darjah.

Guru perlu memiliki kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan pelbagai kerenah murid. -Gambar hiasan AI

"Saya dah bergelar guru selama 13 tahun. Batch tahun inilah saya rasa paling teruk. Dapat pula kelas yang teruk. 

"Ada tiga murid lelaki yang sangat mengganggu. Dalam tiga orang tu, ada seorang yang paling teruk. Kena hukum berdiri sebab tak buat kerja.

"Bila dihukum, dia menyanyi, menari dan kacau kawan-kawan. Mereka ini sudah tingkatan empat," tulis guru itu.

  • Seorang guru sifatkan tahun 2025 sebagai paling buruk sepanjang perkhidmatannya.
  • Tiga pelajar lelaki didakwa sangat mengganggu, dengan seorang daripadanya paling teruk hingga berani menyanyi dan menari ketika dihukum.
  • Dia mendakwa sudah mencuba pelbagai langkah sehingga melibatkan guru disiplin, namun tiada hasil.
  • Dia mengaku hilang kawalan hingga mencengkam rambut pelajar berkenaan dan segera memaklumkan perkara itu kepada ibu pelajar.
  • Netizen tampil memberi kata semangat serta menegaskan cabaran guru kini semakin berat kerana kuasa mereka sangat terbatas.

Menurut guru itu, dia sudah mengambil beberapa langkah untuk menangani masalah melibatkan pelajar berkenaan, namun ia masih berlarutan.

"Tegur sudah, demerit sudah, jumpa guru disiplin pun dah. Saya juga sudah slow talk. Tiada apa yang berkesan. 

"Hari ini saya hilang kawalan dan saya cekak rambutnya. Saya rasa bersalah, tapi dia masih bercakap dengan saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu jumpa bungkusan tisu atas kerusi, menggigil takut nak buka... Rupanya pelajar beri duit, ganti semula kos beli pemadam

ARTIKEL BERKAITAN: Anak berwajah cantik dibuli cikgu perempuan dalam kelas, tudung jadi sasaran - “Datang untuk belajar, bukan melawa”

"Terus saya mesej ibunya dan beritahu apa yang saya lakukan dan kenapa saya lakukannya. 

"Saya tak tahu macam mana nak ajar generasi akan datang. Saya penat," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, ramai netizen menitipkan kata-kata semangat agar guru itu terus tabah untuk menjalankan amanah dalam mendidik anak bangsa.

Segelintir murid degil tidak akan berubah walaupun kerap ditegur oleh guru. -Gambar hiasan AI

"Bukan salah awak sis. Zaman sekarang kuasa guru terhad. Mak ayah pula enabler.

"Apa kata awak keluarkan dia dari kelas setiap kali dia buat kacau?

"Masya-Allah moga terus tabah ya cikgu," tuliz netizen.

Artikel Lain