suria

Tak dibenar lawat isteri baru bersalin, suami beri satu 'ayat padu'... Guard awalnya 'kerek' terus izin masuk wad

Setiap pelawat perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak hospital. -Gambar hiasan AI

SETIAP hospital mempunyai peraturan dan sistem kawalan ketat, apatah lagi jika melibatkan wad yang menempatkan pesakit kritikal dan berisiko.

Di Threads, seorang lelaki berkongsi kisahnya yang pernah dihalang oleh pengawal keselamatan ketika cuba melawat anak dan isterinya di hospital.

"Teringat masa isteri aku bersalin anak pertama. Isteri dah selamat bersalin, dia dipindahkan ke wad biasa.

Pix of pregnant women. ....-- M. Azhar Arif/The Star 26 July 2015

Wanita akan membuat persiapan menjelang tarikh mereka dijangka bersalin. -Gambar hiasan

"Masa tu dah 11.30 malam. Aku nak masuk wad hantar barang isteri dan baby. Security perempuan dengan muka 'kekwat'nya tak bagi aku masuk," tulisnya.

Menurut lelaki itu, dia tidak melawan, sebaliknya menerima arahan pengawal berkenaan dengan hati terbuka.

Namun katanya, dia akhirnya dibenarkan masuk selepas membuat satu permintaan kepada pengawal wanita berkenaan.

  • Lelaki kongsi kisah dihalang pengawal ketika mahu melawat isteri dan anak di hospital.
  • Dia akur arahan pengawal wanita yang tidak membenarkannya masuk ke dalam wad.
  • Selepas minta pengawal tolong azankan anaknya, lelaki itu dibenarkan masuk wad.
  • Hantaran lelaki itu menerima pelbagai reaksi di aplikasi Threads.
  • Seorang lagi wanita turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui ibunya.

"Aku bagi barang dekat security dan suruh letakkan dalam kabinet katil isteri. Aku minta tolong kemas-kemas sikit.

"Lepas tu, aku minta dia azankan anak aku sekali. Terus dia buka pintu wad bagi anak aku masuk," tulisnya sambil menyertakan emoji ketawa.

Hantaran berkenaan turut menerima pelbagai reaksi daripada pelayar Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesakit tua datang hospital berteman, rupanya makhluk hodoh! 'Elok' bertenggek masa ambil darah

ARTIKEL BERKAITAN: Anak tunjuk perangai pelik, jalan sambil tutup mata di koridor hospital... Rupanya si kecil rimas, banyak roh ajak bersembang!

Seorang wanita turut berkongsi kisah ibunya yang pernah berdepan situasi sama selepas dia menjalani pembedahan di hospital.

"Masa saya bedah pun guard tak bagi mak saya masuk. Tapi kita faham je kerja dia. Lepas tu mak saya bagi makanan yang dia bawa.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Pihak hospital meletakkan kawalan ketat di wad yang menempatkan bayi dan ibu baru bersalin. -Gambar hiasan

"Mak suruh guard tu hantar dan suap saya sekali, sebab saya tak boleh bangun dan makan sendiri.

"Akhirnya guard tu bagi mak saya masuk. Lepas tu dia pun dah cam muka mak saya," kongsi wanita itu pula.

Artikel Lain