suria

Suami syukur isteri bukan wanita tipikal sibuk gosip artis kahwin-cerai... Hebat di ranjang, rumah tangga ibarat syurga

Segelintir suami tidak suka isteri mereka membaca gosip-gosip berkaitan rumah tangga artis. -Gambar hiasan AI

SETIAP lelaki pastinya mengimpikan seorang wanita yang baik untuk dijadikan sebagai isteri, seterusnya ibu.

Di laman X, seorang lelaki meraih perhatian selepas berkongsi luahan kesyukuran kerana dikurniakan isteri idaman hati.

"Saja nak flex, aku rasa sekarang hidup memang 'jackpot'. Aku sangat beruntung dan bertuah dapat isteri yang sangat memahami.

Suami tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kebaikan isteri. -Gambar hiasan AI

"Dia bukan perempuan tipikal. Dia jarang sibuk hal gosip, hal semua benda seperti kisah artis atau kes curang. 

"Dia juga masak sedap. Rasa antarabangsa. Semua dia pandai masak. Masakan barat, kampung... hari-hari menu sedap," kongsinya.

Tambah lelaki itu, isterinya juga bijak menguruskan rumah tangga walaupun dia seorang wanita berkerjaya. 

  • Lelaki bersyukur dikurniakan isteri yang memahami dan tidak sibuk dengan hal remeh seperti gosip artis.
  • Isterinya pandai memasak pelbagai hidangan, dari masakan kampung hingga barat.
  • Walaupun bekerja, isteri tetap bijak mengurus rumah tangga dan anak dengan baik.
  • Dia juga memberi kebebasan kepada suami untuk beriadah atau mengikuti aktiviti bersama rakan.
  • Selain cantik, isteri turut memberi layanan istimewa yang membuatkan rumah tangga bahagia.

"Kalau aku nak keluar lepak atau main game, dia tak kisah langsung. Kadang aku nak pergi ride, dia bagi je.

"Kami ada anak seorang. Dia jaga anak dengan sempurna. Rumah cantik tersusun, padahal dia bekerja," tulisnya.

Paling penting kata lelaki itu, isterinya bukan sahaja cantik, malah mampu memberi layanan hebat di ranjang.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berubah jadi baik semacam lepas balik ‘company trip’, persoalan terjawab lepas pengirim misteri hantar video

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa sayang tak cakap” - Isteri akhirnya ‘mengalah’ lepas 3 hari bakul baju dibiar tak terusik... Sedar suami gagal baca isi hati

"Bini aku lawa, comel, tak pernah selekeh. Duduk rumah pun seksi-seksi untuk aku. Aku rasa macam kat syurga.

"Paling seronok, atas katil pun dia power. Aku tak pernah bosan. Dia pandai melayan. Aku bersyukur sangat," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, netizen memberi nasihat kepada lelaki itu agar menghargai segala pengorbanan isterinya.

Suami perlu menghargai setiap pengorbanan isteri. -Gambar hiasan AI

"Ulang tahun nanti bagilah hadiah gelang atau rantai emas. Moga jodoh kalian sampai syurga.

"Tengoklah orang tua didik dan jaga dia macam mana. Kalau jumpa kelemahan dia, janganlah kau rendahkan dia.

"Tahniah bang. Tapi 'mazhab' feminis dan liberal akan cop bini kau tu bodoh sebab jadi hamba abdi," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain