PENGALAMAN ketika bersalin boleh menjadi trauma buat seorang wanita bukan sahaja kerana terpaksa menanggung kesakitan luar biasa, tetapi disebabkan oleh layanan buruk segelintir jururawat.
Berkongsi luahan di laman Threads, seorang wanita menceritakan detik yang tidak akan dilupakannya ketika melahirkan anak baru-baru ini apabila seorang jururawat didakwa memberikan layanan buruk.
"Saya bersalin pukul 3.04 pagi. Sebelum pukul 4 pagi, saya dah kena tolak naik wad atas wheelchair.
"Nurse suruh suami tolak wheelchair sampai wad. Guard dah bagi amaran boleh masuk lima hingga 10 minit je paling lama, kemudian kena keluar.
"Saya macam blur blur waktu tu... nak minta tolong buatkan air Milo 3 in 1 sebab rasa lapar and dahaga. Ada nurse lalu, saya cakaplah, nurse boleh tak pass kan Milo dengan air dalam thermos saya? Dia balas, tadi kenapa tak suruh husband buat? Kemudian dia pergi," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Kebanyakan fasiliti kesihatan kerajaan tidak membenarkan suami menemani isteri. -Gambar hiasan
Menurut wanita berkenaan, kesakitan akibat luka jahitan membuatkan pergerakannya begitu terbatas dan terpaksa meminta bantuan jururawat memandangkan suami tidak dibenarkan untuk menemani dirinya.
Lebih membuatkan dia sedih, layanan buruk yang diterima daripada jururawat di wad bersalin tidak terhenti di situ sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga bulan bersalin, dah disahkan hamil lagi... Wanita terfikir mahu gugurkan kandungan, masih trauma kemaluan koyak
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir mati masa bersalin... Suami seolah berdendam', sisih bayi dilahirkan! Anak-anak lain dilayan mesra
"Saya nak ambil minyak urut nak sapu dekat kaki sebab rasa macam tak sedap, lenguh. Tapi minyak tu ada dalam beg atas kerusi tepi katil, jauh sikit dari saya.
"Masa tu nurse tu ada dekat katil sebelah tapi langsir semua tutup. Saya tarik kerusi yang ada beg tu untuk ambil minyak. Saya nampak reflection nurse tu mengintai dari tepi langsir.
"Saya boleh nampak dia cuma tengok je saya struggle tarik kerusi tu. Tak sangka ada manusia macam ni," luahnya lagi.
Seorang wanita berkongsi pengalaman trauma ketika bersalin akibat layanan buruk jururawat.
Dia terpaksa menanggung kesakitan dan kesukaran untuk bergerak kerana suami tidak dibenarkan teman.
Seorang jururawat didakwa enggan beri bantuan biarpun nampak dirinya terkial-kial.
Wanita itu bersyukur ada jururawat lain yang menunjukkan sikap prihatin keesokan harinya.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai yang turut berkongsi pengalaman serupa.
Mengakui terlalu sedih dengan apa yang berlaku, wanita itu bagaimanapun berkata dia bersyukur apabila seorang jururawat lain yang bertugas keesokan harinya memberikan layanan yang jauh lebih baik dan menyentuh hati.
"Sumpah tak kenal dia siapa, tapi pelukannya menenangkan saya. Setidak-tidaknya waktu tu ada seseorang.
"Mungkin sebab inilah sesetengah orang pilih untuk bersalin dekat swasta," tulisnya lagi.
Sebahagian daripada komen netizen.
Hantarannya mengundang perhatian ramai dengan rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman yang hampir serupa.
Malah mereka turut meluahkan kekesalan dengan sikap segelintir kakitangan hospital yang seolah-olah tiada empati.
"Teringat waktu lepas bersalin caesarean. Minta tolong seorang nurse ni, dia jerit kuat-kuat cakap, tu bukan kerja saya, awak tukarlah sendiri.
"Faham sangat, rasa sangat helpless, nak bergerak pun kena harap dekat orang lain. Insya-Allah semoga pengalaman tu akan buat kita lagi kuat.
"Cukuplah sekali. Anak-anak seterusnya semua saya bersalin dekat swasta. Suami nak jaga mental saya," antara komen netizen.