suria

Suri rumah rimas jadi sasaran rakan bekerja pinjam duit, nasihat suruh buat ‘part time’ tak diendah

Sikap segelintir individu yang tidak mempunyai common sense boleh mengundang hubungan yang tidak harmoni. -Gambar hiasan

SEGELINTIR individu sememangnya tidak berkira untuk menghulurkan bantuan kepada rakan yang sedang dalam kesempitan.

Bagaimanapun niat untuk membantu boleh bertukar menjadi tidak ikhlas apabila menyedari pertolongan yang diberikan seolah-olah diambil kesempatan, sebagaimana dialami seorang wanita ini.

Menerusi laman Threads, wanita tersebut meluahkan rasa rimas apabila seorang rakannya boleh dikatakan hampir setiap bulan meminjam wang sedangkan dia hanyalah seorang suri rumah. 

Suri rumah lazimnya melakukan pelbagai kerja untuk meraih pendapatan. 

"Saya tak tahu nak respond macam mana. Sebab yang meminjam ni bekerja, nak pinjam dekat orang yang tak bekerja, suri rumah macam saya.

"Saya pun menunggu hujung bulan, baru ada angka hijau dekat transaction history akaun saya. 

"Saya kalau memang ada extra, saya bagi je dan pernah je tolong dia sebelum ni. Tapi bila dah bagi, tiap bulan dia cari kita untuk pinjam," tulisnya pada hantaran berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pinjamkan duit tabung percutian untuk adik buat majlis kahwin, tak sangka suami sentap! Marah sampai sanggup travel solo

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita mula curiga BF pinjam duit tak bayar ‘on time’, tapi ‘cair’ fikir si dia tak kerja sebab jaga mak ayah sakit

Dia turut memuat naik tangkap layar (screenshot) mesej kiriman rakannya itu menerusi WhatsApp, yang mahu meminjam wang untuk membeli petrol.

Bukan tidak memahami situasi rakannya itu, namun wanita tersebut berkata dia kecewa kerana individu berkenaan enggan mencari penyelesaian masalah sebaliknya memilih untuk terus meminjam wang.

  • Seorang suri rumah rimas apabila rakannya yang bekerja sering pinjam duit.

  • Dia pernah membantu bila ada lebihan, namun mula berkira apabila meminjam hampir setiap bulan.

  • Dia kecewa kerana rakannya tak berusaha cari pendapatan tambahan walau dah diberi cadangan.

  • Biapun membayar kembali wang, tapi rakan tetap ulang tabiat sama.

  • Netizen saran wanita itu lebih tegas dan tidak membiarkan dirinya diambil kesempatan lagi.

"Dia bayarlah. Cumanya sekali dah bagi, tiap bulan dia akan minta. Bila kita nasihat suruh dia cari extra income, buat part time ke affiliate ke, blue tick pula. 

"Kadang tu terfikir, orang yang suka meminjam ni tak tebal muka ke? Tak penat ke asyik meminjam? 

"Apa kata cari inisiatif untuk cari pendapatan tambahan. Zaman hujung jari je kot, macam-macam boleh buat," luahnya lagi.

Antara komen netizen pada perkongsian berkenaan.

Di ruangan komen, warga maya menyarankan supaya wanita berkenaan bertegas agar dirinya tidak sewenang-wenangnya diambil kesempatan pada masa akan datang.

"Kena belajar jadi kedekut. Duit bukan senang nak dapat.

"Bluetick kan saja.

"Tak tahu nak respond macam mana? Wei maaf, aku pun bergantung dekat laki aku. Dia pun belum gaji, sorry tau. Habis!" komen netizen.

Artikel Lain