SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila dituduh kedekut oleh suaminya hanya kerana memberikan RM30 sebagai duit minyak kereta.
Menurutnya, suami mendakwa jumlah tersebut terlalu sedikit menyebabkan dia perlu meminta wang daripada ibunya sendiri.
Jelasnya, dia memang memberikan duit minyak kepada suaminya kerana lelaki itu yang menghantarnya ke tempat kerja setiap hari.
Wanita akan menderita jika bersuamikan lelaki baran. -Gambar hiasan
“Dia kata, ‘sampai nak minta duit dengan mak sendiri, sedangkan ada isteri.
"Tapi dia malas nak minta sebab tahu jenis isteri macam mana. Saya sedih sangat bila dia cakap begitu,” luahnya di kumpulan komuniti di Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Derita dapat suami gaji tinggi tapi kedekut teruk! Famili saran cerai, sanggup sara anak-anak - “Telur sebiji pun ungkit”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gagal ‘husnuzon’, geram suami hadiahkan biras hamil ’stroller’ nilai lebih RM1,000! Isteri sendiri dapat sepotong kek
Suaminya memberikan alasan gaji banyak dihabiskan untuk ansuran kereta serta kos baik pulih kenderaan yang kerap rosak, membuatkan dia terpaksa bergantung pada isteri untuk mengisi minyak.
"Dia nak saya faham dia tak ada duit. Dia siap marah lagi kata saya tak tolong dia bayar ansuran kereta," katanya.
Jelasnya, walaupun mereka berdua bekerja dengan gaji hampir setara, kebanyakan pendapatannya lebih banyak digunakan untuk anak, barangan dapur dan membantu keluarga di kampung.
- Seorang wanita terkilan dituduh kedekut oleh suami sebab beri RM30 duit minyak kereta.
- Suaminya kata RM30 terlalu sedikit hingga dia terpaksa bergantung kepada ibunya.
- Wanita itu jelaskan gajinya lebih banyak digunakan untuk anak, barangan dapur dan keluarga kampung.
- Katanya, 80 peratus perbelanjaan rumah ditanggung olehnya meskipun nafkah daripada suami kadang culas.
- Netizen mempertahankan wanita tersebut dengan menegaskan nafkah keluarga adalah tanggungjawab suami, bukan isteri.
“Selama ini saya tak pernah minta duit daripada dia, malah nafkah pun kadang dia culas sebab dia rasa saya mampu tanggung diri dan anak.
"Sebenarnya, 80 peratus belanja rumah guna gaji saya. Sedih bila saya dituduh kedekut.
"Padahal saya yang banyak uruskan belanja keluarga, saya cuma nak tahu, salah saya ke?" katanya.
Reaksi netizen
Sementara itu, netizen berpandangan wanita itu tidak bersalah kerana suami bertanggungjawab menguruskan keluarga dan isteri hanya membantu meringankan beban.
"Nafkah semua bukan atas bahu isteri itu semua suami yang kena uruskan.
"Tak faham kenapa dia paksa isteri bantu? Isteri bantu tu ehsan jer tapi bukan tanggungjawab yang dipaksa.
"Boleh bantu tapi ni nampak macam nak menghabiskan duit perempuan je. Laki jenis apa macam ni?," kata warga maya.