suria

Ubat dah habis tapi tak sembuh-sembuh, syukur bayi kembali sihat lepas dengar nasihat Ustaz... Ibu terus padam gambar di IG

Ramai ibu bapa gemar berkongsi gambar anak-anak di media sosial. -Gambar hiasan AI

RAMAI ibu bapa teruja berkongsi gambar bayi masing-masing di media sosial sebagai tanda kegembiraan menyambut kehadiran cahaya mata.

Di sebalik keterujaan itu, mungkin ramai yang terlupa tentang risiko tertentu apabila foto si kecil terlalu mudah diakses orang ramai.

Antaranya ialah penyakit ain, iaitu gangguan dipercayai berpunca daripada pandangan mata yang sarat dengan iri hati atau rasa kagum berlebihan.

A women receive the baby at her house, story on adopting baby online. Pose by model. — FAIHAN GHANI/The Star

Segelintir individu menunggu anak membesar sebelum berkongsi wajah mereka di media sosial. -Gambar hiasan

Di Thread, seorang wanita tular selepas mendakwa anaknya jatuh sakit gara-gara tindakannya yang gemar berkongsi foto di media sosial.

"Penyakit ain is real guys. Anak demam dah empat hari. Bawa pergi klinik, makan ubat tak elok-elok juga. Dia menangis, merengek malam-malam.

"Jadi saya dan suami bawa jumpa ustaz. Lepas berubat, ada dia sebut jangan post gambar anak kerap sangat, ada orang dengki.

  • Ramai ibu bapa suka kongsi gambar bayi di media sosial sebagai tanda gembira.
  • Risiko penyakit ain dikaitkan dengan pandangan iri hati atau pujian berlebihan.
  • Seorang wanita dakwa anaknya jatuh sakit selepas sering kongsi foto.
  • Ramai netizen akui pernah alami pengalaman sama dengan anak mereka.
  • Ada yang percaya pujian berlebihan juga boleh sebabkan bayi jatuh sakit.

"Lepas tu saya terus padam semua hantaran berkaitan anak dekat Instagram dan Alhamdulillah, anak terus okey," tulis wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, seorang lagi pelayar Thread mendakwa anaknya juga kerap meragam, dipercayai berpunca daripada penyakit ain.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah agam mewah tepi jalan nampak suram... Panahan penyakit ain punca pemilik asal lumpuh, disihir orang terdekat

ARTIKEL BERKAITAN: Berpada-pada kongsi foto selfie tayang kecantikan... Ustazah beri 5 situasi undang penyakit ain

"Pernah lalui hal yang sama. Tapi ain tak semestinya orang dengki. Boleh jadi orang terlalu memuji juga. 

"Dulu kalau anak sakit tiba-tiba tanpa sebab, saya check balik sehari dua sebelum tu mesti ada kongsi gambar di Facebook atau Instagram," tulisnya.

Beberapa lagi individu mendakwa mereka juga pernah berdepan situasi sama.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Gambar kanak-kanak juga mungkin menjadi sasaran pedofilia. -Gambar hiasan

"Saya pernah post gambar anak, lepas tu orang puji matanya cantik. Malam tu dia sakit mata, tahi mata asyik ada je.

"Saya ada baby lelaki, orang kata pipi dia labuh. Setiap kali post orang akan puji. Sebulan dua ni dia asyik kena ruam.

"Aku rasa benda ni memang betul. Aku kerap post muka anak. Tiap bulan dia demam panas," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain