MENJADI pemandu e-hailing bukanlah tugas mudah kerana ia memerlukan tahap kesabaran dan ketahanan mental yang tinggi.
Di Facebook, tular kisah seorang pemandu e-hailing yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap seorang penumpang wanita.
"Masuk sahaja dalam kereta, aku bertanya untuk sahkan destinasi tapi dia dengan nada berlagak hanya nak tahu ETA (anggaran masa ketibaan).
Segelintir penumpang tidak mahu melalui tol kerana bimbang tambang mereka akan bertambah. -Gambar hiasan
"Lepas tu dia minta cepat sebab katanya sudah lambat ke tempat kerja. Aku tak layan, terus gerak," tulis pemandu itu memulakan cerita.
Menurutnya, selepas beberapa kilometer perjalanan, penumpang berkenaan meminta supaya tidak melalui lebuh raya bertol, membuatkan dia semakin berang.
"Dengar saja dia cakap macam tu, telinga aku terus panas. Aku terus patah balik ke tempat pick up dia. Sampai saja, aku suruh dia turun.
- Seorang pemandu e-hailing luah rasa berang dengan sikap seorang penumpang wanita.
- Penumpang itu hanya mahu tahu ETA dan minta pemandu lajukan kenderaan.
- Selepas itu, dia pula arahkan supaya pemandu tidak melalui lebuh raya bertol.
- Pemandu naik angin lalu berpatah balik dan suruh penumpang turun.
- Netizen kecam sikap penumpang yang dianggap biadab dan kedekut.
"Dia tanya kenapa, aku cuma jawab turun sekarang. Kau nak cepat, dah lambat, tapi banyak cekadak (songeh)," tulis pemandu itu lagi.
Tambahnya, wanita tersebut yang dijemput di Ampang sepatutnya dihantar ke sebuah destinasi di Petaling Jaya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hampir ‘cair’ dengan kata-kata manis pemandu e-hailing, siap mengaku bujang... Lepas ‘stalk’ Instagram kantoi laki orang!
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat jadi ‘hamba’ kawan, kerap disuruh jadi pemandu tak berbayar! Sedih dapat layanan buruk jika tolak permintaan
Perkongsian kisah itu bukan sahaja tular di Facebook, malah ia turut tersebar di Thread sehingga menerima pelbagai komen netizen.
Rata-rata netizen menyelar sikap penumpang itu yang dianggap biadab dan tidak menghormati golongan pemandu e-hailing.
Perkhidmatan e-hailing membantu seseorang sampai ke destinasi dengan lebih mudah. -Gambar hiasan
"Lagak macam bos besar, main arah-arah. Nak arah-arah orang ambillah pemandu peribadi. Aku percaya kalau cakap elok-elok, pemandu boleh je bertolak ansur.
"Nak cepat tapi kedekut. Saya kalau nak cepat, saya sanggup bayar tol mahal. Janji sampai on time.
"Kenapa customer tak nak bayar tol? Bukannya sampai berpuluh ringgit pun," tulis netizen.