ISU curang dalam perkahwinan cukup menguji kesabaran pasangan yang dikhianati.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, seorang wanita yang diuji dengan isu sama berkongsi cara dia melawan perasaan amarah dan dalam masa bertindak balas dengan cara terpuji tanpa kekecohan.
"Saya bukan nak puji diri sendiri, tapi saya punya tahap tenang ni menakutkan suami sendiri tau.
"Dia dah tahu yang saya tahu dia test market (cuba berlaku curang), tapi saya tak marah. Lepas tu dia pula yang insecure.
Komunikasi adalah penting bagi mengelakkan berlakunya perbalahan antara pasangan. -Gambar hiasan AI
"Dia siap tanya, kenapa saya tak cemburu pun apabila dia chat dengan perempuan lain. Dia tanya sama ada saya dah ada lelaki lain ke?
“Saya pun jawab... kalau awak boleh, kenapa saya tak boleh? Lagi pula, lelaki tu kaya tau,” katanya berseloroh.
Tambah pengadu, dia menyarankan agar kaum wanita jangan mudah melatah dan mudah menunjukkan kelemahan diri dengan bertindak secara tidak rasional jika wujud masalah dalam rumah tangga.
ARTIKEL BERKAITAN: Padah 'main' bini orang... Zakar tak berfungsi, 'dipatahkan' guna ilmu! Isteri sendiri pun kecewa, akhirnya bercerai
ARTIKEL BERKAITAN: Suami maut kemalangan, luluh hati isteri jumpa mesej curang dalam telefon - "Kifarah ke semua ni?"
Katanya kaum wanita perlu bijak main peranan untuk pastikan suami tidak memandang rendah terhadap isteri.
Pengadu turut mengakui sebelum ini dia juga seorang isteri garang ibarat 'singa lapar' yang sentiasa menunggu masa untuk membaham.
Namun apabila dia memilih untuk berubah sikap menjadi wanita yang lebih tenang, suaminya pula jadi serba salah.
- Seorang wanita dedah sikap terlalu tenang buat suami sendiri mula rasa serba salah hingga 'overthinking'.
- Katanya, lelaki lebih takut dengan wanita tenang berbanding yang suka mengamuk tidak tentu hala.
- Dia kongsi pengalaman jawab berseloroh bila ditanya soal cemburu yang membuatkan suami terus rasa insecure.
- Wanita itu percaya setiap pasangan perlu pandai main peranan supaya tidak dipandang rendah.
- Netizen setuju, bila isteri terlalu tenang suami jadi takut, tapi bila mengamuk pula dituduh hilang akal.
"Kalau awak jenis yang suka mengamuk dan menggila, kita kena tukar jadi seorang yang tenang untuk takutkan dia.
"Tapi kalau daripada awal kahwin kita seorang yang tenang, silalah mengamuk dan menggila sekali sekala biar suami tahu yang isteri dia ni bukan mainan dan boleh buat sesuka hati.
"Sebab dalam perkahwinan ini, yang merumitkan bukanlah wanita tetapi sebenarnya lelaki," jelasnya.
Komen netizen pada hantaran asal.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wanita bersetuju dengan helah tersebut kerana turut mengalami situasi sama.
"Suami saya pun takut kalau saya tenang. Dia cakap kalau saya tenang tu bukan diri saya. Nanti mula la dia fikir berlebihan.
"Mereka ni apabila kita menggila, kata kita hilang akal. Apabila kita tenang, buat macam tak ada apa-apa... mereka pula yang tiba-tiba berakal. Tahu pula nak jaga hati kita," kata beberapa netizen.